(^___^)

(^___^)
Rabu, 3 April 2013

Usrah Online FTFN

Assalamualaikum , Alhamdulilah, terima kasih Allah kerana memberikan hambaMu dan sahabat-sahabat yang lain waktu untuk bersama-sama memadu kasih dan cinta kerana Mu. Terima kasih kepada rakan seusrah kerana kehadiran yang konsisten dan komitmen yang tidak berbelah bahagi. Semoga Allah redho dengan usaha kecil ini.

Tajuk usrah online pada minggu ini ialah "Kejahatan bukan Kebetulan" ,salah satu topik yg dipilih daripada buku "Di Mana Dia di Hati Ku" , hasil karya penulisan Ustaz Pahrol Mohd Juoi. Secara ringkas, topik ini membincangkan mengenai definisi kejahatan dan bagaimana kejahatan itu dibentuk perlahan-perlahan. Bermula dengan perkara yang kecil, dibiak sehingga menjadi besar. Dosa yang telah acapkali dilakukan akan menimbulkan perasaan biasa dan meninggalkan perasaan serba salah. Oh, ini satu jenayah yang serius.

Baiklah, seperti yang telah dijanjikan, soalan-soalan yang telah diterima daripada rakan seusrah akan dibincangkan dan bersama-sama kita berkongsi pendapat dalam menjawab persoalan yang bermain di minda. Jadi, pada usrah online 5.0 kali ini, aku telah menerima dua soalan :

Pertama :
[3/20/2013 11:54:24 PM]
Soalan 1 : if kte gagal ujian allah means Allah tak syg kte ke?

Sebelum aku meluahkan pendapat mengenai soalan tersebut, aku nk berkongsi terjemahan Surah Al Ankabut, ayat 2-3 : Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.

Semua manusia diuji Allah, dan setiap ujian yang diberikan adalah berdasarkan kemampuan hamba tersebut. Cumanya, kekhilafan kita sebagai manusia, seringkali membanding bezakan ujian kita dengan orang lain. Sering pertikai kenapa ujian si A tidak seberat ujian kita. Ya, kita sebagai manusia biasa akan mempersoalkan perkara-perkara begitu kerana kita menilai ujian sebegitu pada sudut pandangan kita sebagai manusia. Sudut pandangan manusia yang penuh dengan negatif dan kelemahan tersendiri. Di sisi Allah, setiap ujian yg diberikan adalah dengan penuh kasih sayang tidak terhingga. Sayangnya Allah pada kita takkan dapat digambarkan dengan kata-kata, hanya hati dapat merasai betapa besar tersematnya Maha Penyayang di jiwa kita.  Sebab itu, dalam hal-hal ujian yg diberikan kepada kita, kita haruslah berlapang dada dalam menerimanya, kerana, hamba yang menerima dengan penuh rasa rendah diri akan merasai nikmat kesenangan dalam kesusahan.

Surah Al Insyirah.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ
 Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?, 

وَوَضَعْنَا عَنْكَ وِزْرَك 
Dan Kami telah menghilangkan dari padamu bebanmu, 

الَّذِي أَنْقَضَ ظَهْرَكَ 
yang memberatkan punggungmu? 

وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ 
Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu. 

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا 
Kerana sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan, 

إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا 
sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.

 فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْ 
Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan
sungguh-sungguh (urusan) yang lain, 

وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ 
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.

صدق الله العظيم
Maha Benar Allah swt Yang Maha Agong/Maha Besar


Allah telah memujuk hambaNya agar terus berdoa dan bersabar setiap kali ditimpa ujian. Bahkan, Allah berfirman pada ayat 5-6 bahawa setiap kesukaran ada kemudahan. Allah pasti akan menolong hambanNya, namun kita haruslah bersangka baik dengan setiap ujian yang diberikan. Allah tidak akan menimpakan sesuatu dengan sia-sia, melainkan untuk menjadikan kita insan yang berfikir dengan hikmah dan menjadikan kita lebih mencintai Allah. Sebagai seorang hamba, kita seharusnya memahami sifat seorang hamba iaitu penuh dengan kerendahan hati. Hal ini berlainan dengan sikap sesetengah manusia yang  bersikap sombong dan angkuh walaupun ditimpa ujian dan kesenangan. Manusia yang meminta dengan kerendahan hati, Allah pasti akan perkenankan.


Maka, bersabar dan bertabahlah dalam mengharungi setiap duagaan yg diberikan Allah :) Indeed, Allah always with us :)


* Soalan kedua akan dijawab pd entry seterusya :)

0 ulasan:

 
;