(^___^)

(^___^)
Selasa, 30 April 2013 0 ulasan

Anda memang cantik :)


Ramai mengintepretasikan kecantikan melalui pemakaian alat mekap dan rampingnya tubuh badan seseorang. Jika seorang wanita itu diukur cantik melalui kelicinan wajahnya, maka lelaki pula akan diukur melalui kegagahan tubuh badan, betapa kekuatan six pack yg tertonjol di tubuh badannya. Walau bagaimana pun anda mengukur kecantikan itu, ia hanya indah pada pemandangan mata. Pada pendapat aku, kecantikan sebenar itu adalah sesuatu yang mendamaikan di hati dan menyenangkan jiwa. Cantik yang sepatutnya dipertontonkan kepada yang halal, akan cepat muak dilihat apabila asyik dipertontonkan. Tiada misteri yg ingin kita boleh persembahkan kepada mereka selayaknya, jika acapkali diperlihatkan dengan mudah.




Aku punya pandangan tersendiri mengenai isu cantik ini. Sejujurnya, aku juga mempunyai sepasang mata yang suka melihat kepada kecantikan. Aku paling suka melihat wanita/lelaki yang mempunyai anak mata berwarna biru. Unik dan sukar didapati,lebih-lebih lagi seseorang itu merupakan kacukan. Aku juga tidak menafikan kecantikan pada rampingnya tubuh badan seseorang. Siapa tidak mahu kelihatan kurus dan ramping bukan? , semua ingin menjadi seperti model di kaca televisyen. Bagaimana iklan di kaca televisyen dapat mempengaruhi pemikiran kita, hingga kita begitu teruja menjadi seperti apa yg diiklankan. Aku juga tidak terkecuali, terutama iklan pelansingan badan. Letih dengan  lemak-lemak yang sedang bermaharajalela di tubuh badan ini, ingin sahaja aku ambil penyedut lemak dan buang segala lemak. 

Aku juga dikelilingi dengan sahabat-sahabat yg begitu menjaga kecantikan.  Namun, mereka sebenarnya sudah kelihatan begitu cantik di hadapan masyarakat, adakalanya ,aku malu dengan penampilan aku sendiri. Begitu mereka menjaga kecantikan ,sehingga aku sendiri terfikir, adakah dunia wanita harus mempunyai beg make up sendiri di dalam handbag mereka?. Secara asasnya, seorang wanita harus mempunyai, lipstick, bedak muka dan minyak wangi sebagai penyegar tubuh badan. Dan ada juga penambahan buat wanita yg begitu mementingkan perapian diri, iaitu blusher, eye liner, losyen tangan dan sebagainya hingga aku tidak mampu untuk menyenaraikannya di sini.

Aku menghormati pandangan dan cara mereka mengintepretasikan kecantikan itu. Aku meraikannya dengan adakalan aku sengaja mencuba semuanya. Tetapi untuk sekadar tatapan mereka sahaja, cukup untuk menjadikan mereka gembira. Mereka sahabat yang harus dimuliakan dengan penghormatan aku, jadi aku biarkan sahaja wajah ku dioles oleh mereka dan itu sahaja sudah membuatkan mereka gembira. “Jom kita make upkan muka Atikah, jarang kita dapat peluang macam ni”. Mereka begitu mengenali diri aku tentang alat-alat make up.  Ringkas, dan tidak menyusahkan . Mudah untuk diletakkan di wajah, dan cukup sekadar untuk menjadikan aku selesa berhadapan dengan orang ramai. Alat-alat make up tambahan adalah perkara yang paling lemah untuk aku menghafalnya. Aku punya keterujaan mengumpul buku ,berbanding alat make up. Entah, mungkin itu cara aku mengekspresikan kecantikan pada lisan ku iaitu kelancaran berkata-kata dengan memetik kata-kata hikmah daripada buku yang aku baca sebagai rujukan. 

Semakin aku mendalami dunia kecantikan, dan aku bandingkan dengan buku yang aku baca. Pandangan aku mengenai kecantikan itu lebih luas daripada apa yg kita sangka. Jika kita membaca kisah pahlawan wanita Islam seperti Sumayyah binti Khayyath,  Asma' binti Abu Bakar, Nasibah binti Ka'ab dan pahlawan wanita Islam yg lain , aku mendapati terdapat kecantikan tersendiri pada mereka dan tidak mampu dimiliki dengan mudah oleh wanita-wanita biasa. Membaca kisah perjuangan mereka, memberikan aku imaginasi mengenai keberanian mereka, bahkan mereka juga dikagumi oleh ramai lelaki, hinggi kini, dalam ceramah-ceramah agama, nama-nama mereka dijulang tinggi dan dijadikan contoh. Makna kata, hingga kini, mereka masih diminati ramai, bukankah itu tergolong dalam golongan cantik? (cantik = diminati ramai )

Dalam buku Jangan bersedih (Jadilah wanita yang paling bahagia), m/s 90, oleh Dr. Aidh bin Abdullah Al Qarni ada menyatakan :
" Anda akan menyedari bahawa kebahagiaan itu bukanlah terdapat dalam daftar kekayaan dan timbunan harta-benda, bukan pula memakai perhiasan dan baju baru untuk memenuhi tuntutan penampilan, sebab ia berada  dalam ketaatan terhadap Allah Yang Maha Terpuji "

dan ;

Rasullah s.a.w memberi penghargaan kepadanya (Asiyah) dengan meletakkannya pada jajaran wanita-wanita yang sempurna. Perkara itu sebagaimana terungkap dalam sabdanya :

" Telah banyak kaum lelaki yang mencapai kesempurnaan, tetapi tiada yang mencapai kesempurnaan dari kaum wanita, kecuali Asiyah , isteri Fir'aun dan Maryam binti Imran. Sesungguhnya keutamaan Asiyah di atas kaum wanita sama halnya dengan keutamaan tharid (bubur roti yang lazat dengan keju) di atas makanan lainnya".  (m/s 173)


Tahukah anda kehebatan dan ke"cantikan" Asiyah sehingga disanjungi Rasulullah :) Kalau tak tahu, sila google, dan selepas membacanya, anda pasti terkesima dengan apa yang dimaksudkan cantik itu :)

Tekan sini  : Kisah Asiyah 

Kecantikan yang dinilai dengan mata kita terlalu limit, jadi, nilailah kecantikan itu dengan mata hati kita. Kita mahu cantik dalaman terlebih dahulu, spy kita menghargai kecantikan luaran. Sekiranya anda menilai kecantikan anda melalui pandangan manusia, maknanya, kita rugi untuk menghargai apa yang hati kita dahagakan. Bukan bermaksud, tidak menjaga kecantikan luaran langsung, of course not ! kita wajib menjaga dan menghargai apa telah Allah pinjamkan pada kita. Akan tetapi, alangkah indahnya, jika kita isi kecantikan dalaman terlebih dahulu. Jiwa yang menghargai dalaman , akan menghiasi kecantikan luaran.

Anda cantik walaupun anda tidak memakai make up di wajah. Kerana ,senyuman yang menghiasi di wajah anda adalah penawar buat mereka yang sedang bersedih. Pandang cermin dan senyum, anda akan lihat wajah yang cantik :) Apa yang lebih kita harus tekankan adalah penghambaan kepada Allah, dan sejauhmana kita yakin bahawa janji-janji Allah adalah benar. Jika kita telusuri dan mendalami kisah-kisah serikandi Islam yang syahid, kesemuanya percaya bahawa syurga itu adalah untuk mereka yg mujahadah. Tidak sekadar diraih dengan kata-kata, tetapi memerlukan pengorbanan. Kepercayaaan yg tinggi kepada Allah menjadikan mereka sanggup berkorban di jalan Nya. Tetapi kita? berhabis-habis dan bermatian-matian untuk kelihatan cantik pada pandangan manusian ,namun ambil lengah untuk kelihatan "cantik" di sisi Allah. Generasi yang mendatang memerlukan mukminah dan seorang ummi yang bersifat pendidik dan pentarbiah yang baik. Seorang ummi yang baik dan solehah pasti melahirkan modal insan yang baik juga. Dan seiring dengan itu, kita pasti dapat melahirkan lebih banyak jelitawan yang menambat orang ramai dengan akhlak yang baik :)

Sumber : iluvislam. com .


Faktor Yang Merendahkan Martabat Wanita

Sebenarnya puncak rendahnya martabat wanita adalah dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.

Faktor-faktor tersebut ialah:

1) Lupa mengingat Allah.

Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairanlah jika banyak wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingat Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: ertinya:

" Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya."

Sabda Rasulullah s.a.w.: ertinya:
"Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan." (Riwayat Tarmizi)

Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu.

2) Mudah tertipu dengan keindahan dunia.

Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan itu saja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Tidak sedikit yang sanggup durhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An'am: ertinya:

" Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir."

3) Mudah terpedaya dengan syahwat.

4) Lemah iman.

5) Bersikap suka menunjuk-nunjuk.

Sesungguhnya dunia ini adalah perhiasan; perhiasan dunia yang terbaik adalah wanita yang solehah.





Rabu, 3 April 2013 0 ulasan

Usrah Online FTFN

Assalamualaikum , Alhamdulilah, terima kasih Allah kerana memberikan hambaMu dan sahabat-sahabat yang lain waktu untuk bersama-sama memadu kasih dan cinta kerana Mu. Terima kasih kepada rakan seusrah kerana kehadiran yang konsisten dan komitmen yang tidak berbelah bahagi. Semoga Allah redho dengan usaha kecil ini.

Tajuk usrah online pada minggu ini ialah "Kejahatan bukan Kebetulan" ,salah satu topik yg dipilih daripada buku "Di Mana Dia di Hati Ku" , hasil karya penulisan Ustaz Pahrol Mohd Juoi. Secara ringkas, topik ini membincangkan mengenai definisi kejahatan dan bagaimana kejahatan itu dibentuk perlahan-perlahan. Bermula dengan perkara yang kecil, dibiak sehingga menjadi besar. Dosa yang telah acapkali dilakukan akan menimbulkan perasaan biasa dan meninggalkan perasaan serba salah. Oh, ini satu jenayah yang serius.

Baiklah, seperti yang telah dijanjikan, soalan-soalan yang telah diterima daripada rakan seusrah akan dibincangkan dan bersama-sama kita berkongsi pendapat dalam menjawab persoalan yang bermain di minda. Jadi, pada usrah online 5.0 kali ini, aku telah menerima dua soalan :

Pertama :
[3/20/2013 11:54:24 PM]
Soalan 1 : if kte gagal ujian allah means Allah tak syg kte ke?

Sebelum aku meluahkan pendapat mengenai soalan tersebut, aku nk berkongsi terjemahan Surah Al Ankabut, ayat 2-3 : Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.

Semua manusia diuji Allah, dan setiap ujian yang diberikan adalah berdasarkan kemampuan hamba tersebut. Cumanya, kekhilafan kita sebagai manusia, seringkali membanding bezakan ujian kita dengan orang lain. Sering pertikai kenapa ujian si A tidak seberat ujian kita. Ya, kita sebagai manusia biasa akan mempersoalkan perkara-perkara begitu kerana kita menilai ujian sebegitu pada sudut pandangan kita sebagai manusia. Sudut pandangan manusia yang penuh dengan negatif dan kelemahan tersendiri. Di sisi Allah, setiap ujian yg diberikan adalah dengan penuh kasih sayang tidak terhingga. Sayangnya Allah pada kita takkan dapat digambarkan dengan kata-kata, hanya hati dapat merasai betapa besar tersematnya Maha Penyayang di jiwa kita.  Sebab itu, dalam hal-hal ujian yg diberikan kepada kita, kita haruslah berlapang dada dalam menerimanya, kerana, hamba yang menerima dengan penuh rasa rendah diri akan merasai nikmat kesenangan dalam kesusahan.

Surah Al Insyirah.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ
 Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?, 

وَوَضَعْنَا عَنْكَ وِزْرَك 
Dan Kami telah menghilangkan dari padamu bebanmu, 

الَّذِي أَنْقَضَ ظَهْرَكَ 
yang memberatkan punggungmu? 

وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ 
Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu. 

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا 
Kerana sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan, 

إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا 
sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.

 فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْ 
Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan
sungguh-sungguh (urusan) yang lain, 

وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ 
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.

صدق الله العظيم
Maha Benar Allah swt Yang Maha Agong/Maha Besar


Allah telah memujuk hambaNya agar terus berdoa dan bersabar setiap kali ditimpa ujian. Bahkan, Allah berfirman pada ayat 5-6 bahawa setiap kesukaran ada kemudahan. Allah pasti akan menolong hambanNya, namun kita haruslah bersangka baik dengan setiap ujian yang diberikan. Allah tidak akan menimpakan sesuatu dengan sia-sia, melainkan untuk menjadikan kita insan yang berfikir dengan hikmah dan menjadikan kita lebih mencintai Allah. Sebagai seorang hamba, kita seharusnya memahami sifat seorang hamba iaitu penuh dengan kerendahan hati. Hal ini berlainan dengan sikap sesetengah manusia yang  bersikap sombong dan angkuh walaupun ditimpa ujian dan kesenangan. Manusia yang meminta dengan kerendahan hati, Allah pasti akan perkenankan.


Maka, bersabar dan bertabahlah dalam mengharungi setiap duagaan yg diberikan Allah :) Indeed, Allah always with us :)


* Soalan kedua akan dijawab pd entry seterusya :)
 
;