(^___^)

(^___^)
Rabu, 20 Februari 2013 0 ulasan

1 tahun, 12 bulan.

Pernah satu ketika,
aku hanya sebut nama kau dan Dia,
bahagia dan selesa,

Pernah satu ketika,
aku hanya cintakan kau dan lengahkan Dia,
mungkin terlalu cinta, hingga aku sedikit curang dengan Dia,
Ya, aku akui itu salah ku.

Pernah satu ketika,
Saat rebah di tikar sejadah,
Aku sendiri,
Menangis, berteriak dan menahan sakit di dada,
Ku laung nama mu berkali-kali,
Jujur, hati ku hancur,
dada ku sakit,
hingga aku termimpi-mimpi.
Aku berharap kau turut rasa yg sama,
entah, mungkin tidak,
Kau ku lihat sudah ada seseorang di sisi.

Aku terus berteleku di tikar sejadah,
aku sujud dengan lama,
menangisi dosa lama,
ku laung nama Dia sekuat hati,
Aku malu sebenarnya,
Adakah aku layak diampuni ?

Allah, aku malu dengan Mu, sudikah Engkau mengampuni ku ?
Allah, aku datang dengan sebeban dosa, mahukan Engkau menghapuskannya ?
Allah, aku merangkak memohon keampunan, mahukan Engkau menyambut cinta ku ?

Dengan tidak  malunya,
aku memohon lagi,
berjanji utk tidak ingkar lagi,
berlari dan terus berlari,
adakala, aku jatuh dan luka
aku kuat kembali,
dan berlari sekali lagi.

Hingga kini,
aku masih berlari,
kali ini,
aku membawa sebuah jiwa utk dipersembahkan kepada Tuhan,
aku masih menangis,
menangisi dosa lalu,
dan aku berharap, Tuhan segera membaluti dosa hati.


Setahun sudah .
Aku harap kau bahagia.

AA
8: 22 P.M

Tuhan, dosa ku umpama pasir, tidak terkira dan terhitung.
Mafkan aku.

(Pantai Klebang, 20.2.2012)



Selasa, 19 Februari 2013 0 ulasan

Workstation Mak Tam.


         Workstation Mak Tam :
  1. Kerusi pusing-pusing tajaan Pak Long
  2. Printer yang dah nak rosak. aishh.
  3. Laptop sumbangan ehsan Pak Long
  4. Botol air masak yang senantiasa di atas meja
  5. Board yang akan ditulis segala maklumat penting
  6. Rak buku pink dan buku-buku koleksi Maktam ( Nak tambah lagi koleksi, kena beli almari buku la gamoknyaaa)
  7. Headphone tak pernah tinggal



Ahad, 17 Februari 2013 0 ulasan

Helmi dan Rayyan :)

Tutti Frutti Mak Lang :)
Hantar Mak Tam balik kampus :)

KB Mall in the house :) Tak nak balik lepas jumpa kuda diorg :)

Tengok rusa dengan Pak Cik dan Mak Lang :)

Rayyan : Adik, buat ultraman !
Helmi : Aku terpaksa dan redho .

Play Land time :)

Helmi Boyot :)

Both of them ;)


0 ulasan

S.O.S

When she was just a girl, she expected the world 
But it flew away from her reach so she ran away in her sleep and dreamed of  PARADISE 

Wanita sering dikaitkan dengan angan-angan yang indah dan mendamaikan. Menginginkan segala yang terbaik utk dirinya dan masa hadapan. Aku rasa, tak kira lelaki atau wanita, kedua -duanya menginginkan sebegitu, tp, wanita lebih byk impian dan khayalan hinggakan kecenderungan berada dalam alam maya lebih banyak berbanding di alam realiti

Sejak kebelakangan ini, byk soalan-soalan berkaitan jodoh diajukan kepada aku. Mungkin umur yang dah masuk fasa 24 tahun ini akan mengalami sindrom cari-jodoh-cepat-cepat merupakan satu penyakit biasa. Tapi, sebenarnya tak selesa juga aku mengalami sindrom macam tu. Memang wanita inginkan kebahagiaan dalam kehidupan, termasuk hal percintaan mereka, aku tidak berkecuali untuk merasai perasaan yang sebegitu. Namun, aku juga ingin menjadikan perasaan itu sesuatu yg semulajadi, bukan dipaksa-paksa kerana desakan orang ramai. 

" Akak banyak nasihatkan orang lain ttg hal percintaan, akak bagaimana ? Sudah berjumpa dgn yang sesuai di hati? "

" Ni anak sapa ? Oh, anak cikgu Amir ya..Dah kahwin belum ? Umur dah 24 tahun , carilah cepat-cepat ."

" Atikah, bagaimana sekiranya saya ingin berkenalan dengan lelaki begitu, dan begini. Tolong berikan tips dan cara untuk tahu sama ada lelaki itu benar-benar serius dengan kita. Saya tahu Atikah punya banyak nasihat dan tips berguna "

Aduhai, begitu sekali persoalan yang aku terima walaupun sudah aku terangkan kepada mereka. Namun manusia akan terus mendesak. Jadi, aku pilih untuk membalas setiap pertanyaan mereka dengan senyuman.
Sejujurnya, tidak perlu aku ceritakan bagaimana aku mengalami hal percintaan , pada mereka yang pernah mengenali aku, pasti mereka tahu akan serba sedikit hal itu. Aku sendiri sedang berusaha utk terus gagahkan diri. Proses itu memerlukan masa yang lama, mungkin ada sesetengah beranggapan , sakit putus cinta, harus diubati dengan mencari cinta yg baru. Hmmmm, nah, tidak bagi aku. Aku punya anggapan dan pendirian aku sendiri. Mungkin juga bagi mereka yang mempunyai ramai kawan lelaki akan menganggap tempoh putus cinta itu hanya satu tempoh masa yang sementara, bila berjumpa dengan kawan lelaki yg lain, maka, satu lagi kisah percintaan yg baru bermula. Ya, mgkn ramai yg begitu. 

Aku akui ,ketika mengalami zaman percintaan dahulu, kita takkan dapat lari daripada mengalami perasaan rindu dan sayang pada seseorang. Aku manusia, tidak terkecuali utk merasai perasaan begitu. Ketika zaman itu dahulu pun, semungkin mana utk kita menjaga syariatNya, pasti kita diuji, dan adakala, aku gagal dalam menghadapi ujian tersebut. Tapi, pengalaman mendewasakan kita, kata bijak pandai ,manusia akan berubah kerana dua perkara. pertama, melalui buku yang dibaca dan kedua, pergaulan bersama orang ramai. Hingga kini, bagi aku, perubahan itu satu proses yang tidak pernah ada titik noktah, selagi mana kita bernyawa, selagi itu kita harus berubah ke arah kebaikan. 

Kehidupan yang aku lalui sejak dua tahun yang lepas, tidak banyak berubah. Aku masih Atikah yang dulu, tidak punya ramai kawan lelaki, tetapi ramai kawan perempuan. Cumanya, apabila aku tidak mempunyai status teman wanita kepada sesiapa, menjadikan aku lebih menjaga lisan ku, pemikiran ku dan perbuatan ku. 
Jadi, berikut adalah sudut pandang aku sendiri. Aku memang tidak punya ramai kawan lelaki, mungkin tahap komunikasi yang tidak menyeronokkan , menjadikan aku tenggelam dalam senarai wanita pilihan mereka. 

A        : Apa hobi awak?
Aku   : Membaca.
A      : Selain membaca?
Aku  : Meluang kan masa dengan keluarga, masyarakat dan rakan perempuan saya.
A      : Jom tengok wayang ?
Aku  : Maaf, sy tidak menonton berdua dengan lelaki. 
A     : Karaoke ? Jalan-jalan ?
Aku : Maaf, sy suka lakukan aktiviti itu bersama rakan perempuan saya.

Perbualan ini sering berlaku pd aku ,bila mana aku berkenalan dengan lelaki. Dan pengakhirannya, mereka akan menghentikan perbualan dan akhirnya hilang tanpa khabar berita. Tergelak kecil bila aku teringatkan  kes-kes ini berlaku, berulang kali. Ya, kebanyakkan aku berhubung dengan lelaki adalah atas dasar kerja. Menguruskan Free Teaching For Needy, berhubung dengan adik junior lelaki yang bekerja di bawah FTFN,  dan adakalanya aku terpaksa berjumpa dengan mereka untuk memudahkan penyampaian maklumat. Tetapi perhubungan dan komunikasi itu hanya berlaku di situ sahaja, usai kerja dan balik ke rumah , tiada sms/panggilan lanjut. Semuanya mmg atas dasar urusan kerja. Kalau bercakap tentang soal hukum , pasti ramai sudah tahu hukumnya yg tidak boleh kita nafikan, cumanya, sebagai penambahan, aku mmg kurang selesa sekiranya, kelua berdua tanpa hala tuju. Entah, mgkn aku akn jadi pesimis dan kurang berbicara. Tidak pula jika aku bersama rakan perempuan, dalam hal begini, Ashikin paling memahami aku, dan rakan-rakan yang lain.


Mereka lebih memahami kekurangan dan kelebihan aku. Jadi, aku lebih senang keluar bersama mereka. Ashikin terlebih prihatin mengenai aku , hingga ingin mencarikan aku seorang lelaki yg dapat menjadi pendamping setia di sisi. Tergelak kecil juga bila aku melihat keprihatinan Ashikin, seorang demi seorang dia minta aku kenali hati budi mereka. Ya, semuanya hebat-hebat belaka. Aku rasa mereka sepatutnya mendapat yang lebih baik daripada aku. Tidak, aku bukan memilih, cuma aku rasa, kali ini biarlah aku menuaikan perasaan cinta kerana Allah, menjaga syariatNya dalam memilih jalan hidup. Aku ingin meraih cinta dalam redhoNya, lantas, setiap kali perkenalan, aku tidak serius, tetapi, mgkn mereka fikir mahu keluar dan meluangkan masa bersama. Aku pilih utk tidak mahu, kerana aku sejujurnya ingin menyimpan nikmat berduaan itu utk bersama dia yang halal buat aku. Past is past , kali ini aku benar-benar ingin telusuri cinta yang halal di sisi Allah dan dipermudahkan jalan pernikahan. Bercinta selepas nikah itu lebih indah dan berpahala, bukan ?

Ashikin sering menjadi penasihat khas/ motivasi untuk aku setiap kali dia menyatakan hal-hal penikahan dan percintaan. Kata Ashikin , " Dia tengah cari alamat rumah kau, sabarlah . Aku pasti, dia bukan calang-calang orang yang akan menikahi kau sebab dia mahu menyunting kau dengan cara terhormat ". Allahurabbi, begitu sekali Ashikin prihatin pada aku, adakalahnya, dia lebih ambil berat ttg soal jodoh aku :) 

Semoga yang halal itu akan dipermudahkan. Allah lebih mengetahui setiap keperluan hambaNya. Maka, hak aku adlah berusaha dan hak Allah adlah menentukannya. Buat mereka yang sering bertanya, maka, ini jawapan aku yang ringkas, dan aku pasti, ini adalah jawapan yang melegakan diri aku juga. 

" InsyaAllah, dia semakin hampir. Cuma di pihak saya, adalah ikhtiar dan berusaha sedaya mungkin. Cepat atau lambat, itu bukan persoalannya, yang pasti, waktu yg tiba itu adalah waktu yg tepat utk kami"

Sesungguhnya, jodoh itu adalah rahsia Allah :)

 
;