(^___^)

(^___^)
Sabtu, 25 Ogos 2012 1 ulasan

aku, pendidik , remaja dan cinta

Bismillah :) Alhamdulilah :)


Kebelakangan ini, kalau check facebook, blogwalking atau video-video di Youtube. Selalu sangat tgk kekejaman syiah, yahudi terhadap orang Islam / ahli sunaah wal jamaah. Terlalu banyak dusta dan kenyataan sesat yang dibawa oleh syiah. Walaupun aku bukan graduan agama, namun sebagai orang Islam, adalah wajib utk aku mengetahui serba sedikit mengenai syiah, spy aku tidak terikut dengan sesuatu ajaran tanpa kita sedar kesesatannya. Ramai orang mengikut sesuatu ajaran membuta tuli tnp mempelajari atau mengetahui kesahihannya.

Kita juga melihat bagaimana orang Islam di Syria diseksa dengan kejamnya. Mereka mempertahankan akidah mereka kerana Allah ,tetapi dibunuh dengan sewenang-wenangnya oleh golongan syiah. Gila betul syiah ini, terlalu dahsyat kekejaman mereka. Wanita dirogol dan dibunuh, lelaki dipenjara dan dipukul, kanak-kanak dibunuh dan ditembak sesuka hati. Kegilaan apakah ini? dan kita di sini, hanya melihat dengan perasaan sedih yang tidak tertanggung melihat orang Islam dihinjak-hinjak bagaikan bangkai. Astaghfirullahalzim, aku rasa Malaysia ini pun ada potensi untuk tidak selamat dan aman lagi. Kerana , kemungkinan besar untuk kita diserang seperti mereka juga adalah besar. Tetapi, kita lihat di Malaysia, tidak diserang dengan fizikal, tetapi dijajah dengan ideologi. Rupa-rupanya, sebelum mereka menyerang fizikal, mereka akan menyerang ideologi orang Islam spy menjadi lalai dan alpa dengan dunia.

Aku lihat dan perhatikan, suasana Islam di Malaysia terlalu mencabar dan keruh. Aku menulis bukan menunjukkan aku seorang yang sempurna akhlak dan agama, tetapi, aku melihat sebagai seorang bakal pendidik utk kanak-kanak prasekolah. Aku akui dengan jelas, bahawa kanak-kanak di Malaysia sgt mudah terpengaruh dengan isu kebaratan terutamanya SEKS ! ya, SEKS, jangan katakan kanak-kanak , kadang kala guru itu sendiri sangat terpengaruh dengan seks. Aku bercakap ttg isu seks bukan sekadar pada perlakuan zina perbuatan shj, zina mata melihat pornografi, zina tangan melakukan haram dan zina hati yang asyik lalai dan berangan.

Aku juga pernah melalui zaman kanak-kanak kecil sebagai seorang pelajar. Aku akui dengan jelas, bahawa zaman kanak-kanak berubah, walaupun fitrah mereka sama. Kerana mereka akan mudah terpengaruh dengan perkara yang berada di sekeliling mereka. Aku juga pernah melalu zaman yang sama, pernah melalui pengalaman berkawan dengan rakan-rakan yang berada dalam sistem aliran sekolah menengah agama, tetapi, hanyut juga apabila habis tamat pengajian. Aku menulis bukan menunjukkan aku seorang yang sempurna agama, tidak sesekali. Aku juga ada khilafnya, namun aku melihat, panorama masalah isu ideologi ini semakin parah. Lebih-lebih lagi apabila kau berada dalam dunia pendidikan. Aku juga terpana melihat pelajar zaman sekarang sangat ekstrem dengan budaya barat. Bercinta di alam persekolahan, hanyut, kemudian, frust hingga tergamak melakukan perkara- perkara bodoh.

Aku juga melalui zaman putus cinta zaman remaja. Bila lelaki itu terbang ke New Zealand, dan aku di sini bagai menggila putus cinta. Bila ingat kembali, rasa macam nak hentak kepala kat dinding sambil berkata : Aku dah rugikan masa remaja aku dengan percintaan tahi ayam !. Percayalah, adik -adik ku sekalian, bercinta zaman sekolah mmg byk rintangannya. Aku tidak menolak perasaan cinta yang hadir, ia suci, tapi , jangan kotori dengan perkara- perkara yang sia-sia. Belajar dahulu, baru bercinta. Berjaya dahulu, hadiahkan mak ayah kejayaan , baru bercinta. Kalau kita tidak mampu membahagiakan orang tua kita, adakah kita mampu membahagiakan pasangan kita ?

Berada dalam dunia pendidikan mmg bukan pilihan cita-cita aku.Tetapi, kerjaya ini lah yang membuka mata ku dengan lebih meluas utk melihat dunia. Terus terang aku nyatakan di sini, remaja-remaja di Malaysia sangat asyik bercinta dengan manusia, sampai lupa untuk bercinta dengan Allah. Kalau putus cinta, status di facebook semuanya pasal putus cinta, selalu rasa tiada harapan untuk hidup bahagia. Kegilaan apakah ini ? Kau letakkan bahagia itu pada manusia. Bukankah hanya mengingati Allah hati akan menjadi tenang. Mungkin kita terlalu asyik mencari cinta manusia, hingga tidak sedar, kita letak cinta Allah di belakang .Walaupun , kita sering menafikan kebenaran itu, tetapi itulah yang berlaku. Bukan aku menolak utk kita bercinta dengan manusia, bercintalah ! tetapi, kita harus letakkan cinta Allah yang utama. Bagaimana kita mahu letakkan cinta Allah yang utama ? caranya, kita cintalah pada mereka yang berhak utk kita cintai dulu.

Cinta ibu bapa sebelum kita mencintai pasangan kita. Kita penuhi hak mereka sebelum kita penuhi hak pasangan kita. Secara lazimnya, bila kita mencintai seseorang, kita akan lupa tanggungjawab kita sebagai anak. Ini fakta dan pernah  berlaku pada aku pada suatu ketika dahulu. Kadangkala, bila kita asyik utk berjumpa, kita akan menipu dan berhelah dengan ibu bapa kita. Kita rasa takpa, tetapi kita lupa, bahawa itu menunjukkan bahawa kita belum menunaikan hak mereka. Ibu bapa adalah yang teratas sebelum kita berkahwin, kalau kita tidak mampu menjaga amanah mereka dengan sebaiknya, bagaimana kita fikir, kita boleh menjadi pasangan yang terbaik di alam rumah tangga. Sebab itu , orang tua ada menyebut, kalau ingin mengenali seseorang, jgn mendekatinya, tetapi mendekati ibu bapanya , sahabatnya dan orang yang terdekatnnya.

Kata hukama' : Orang yang kamu kenali sebelum nikah itu adalah pacar mu,  bukan suami/ isteri mu. Jelas menunjukkan bahawa, dunia percintaan penuh dengan kepura-puraan. Ini fakta dan aku bercakap atas dasar pengalaman aku sendiri. Kita seboleh-bolehnya ingin mempersembahkan yang terbaik dr diri kita utk pasangan kita. Sebab itu, dalam Islam ,tidak dianjurkan utk bercinta sebelum bernikah, tetapi Islam memberikan jalan iaitu taaruf (suai kenal). Harus fahami, apa itu suai kenal. Suai kenal itu harus dibatasi dengan perkara -perkara yang digariskan dalam syariat. Kenali dia melalui walinya. Mudah bukan :)

Bila ada orang bercakap tentang agama, kita akan mengeluh dan melenting. Menidakkan yang hak, kita sering anggap itu perkara biasa yang berlaku dalam zaman ini. Tetapi , itu tidak pada pandangan Allah s.w.t. Kita harus tahu, kita hidup kerana apa? Matlamat hidup harus jelas utk membantu kita mendapatkan apa yang kita mahu dan target dalam kehidupan kita.

Aku tidak terkecuali untuk melalui zaman kesilapan dan kekhilafan. Sebab itu, selalu aku nyatakan, dalam pergaulan, kita jangan memilih rakan untuk bersahabat. Berkawanlah dengan semua orang selagi mana kita rasa kita mampu untuk memberikan sesuatu untuk mereka. Kita bukan sempurna utk menyatakan neraka atau syurga utk mereka, tetapi kita boleh menjadi seseorg yg menaikkan semangat mereka utk mengenali Allah dan Islam dengan lebih baik. Melalui apa ? dengan akhlak yang baik dan perlakuan yang tidak dapat menyinggung perasaan mereka. Akhlak itu adalah dakwah yang pertama :)

Kita jangan tangisi perkara yang remeh temeh. Kita jangan letak kebahagiaan itu hny pada cinta manusia. Perluaskan definisi bahagia itu, kepada aspek yang lebih menyeluruh. Sebagai contoh ,bila kita membahagiakan kedua ibu bapa , pasti Allah redho dengan kita. Dan Allah pasti menemukan kita dengan manusia yang baik. Itu kita harus yakin dengan perjanjianNya. Bukan nya aku tidak mahu mencari cinta, tapi ,aku mahu meraih redho Allah melalui cinta yg lebih berhak aku cintai terlebih dahulu. Aku percaya, cinta itu harus di cari sebagaimana kita mencari rezeki untk menampung kehidupan seharian kita, tetapi, aku yakin dengan kecintaan Allah itu sebagai yang utama. Aku mahu mencari dalam redhoNya. samada dipertemukan, dicarikan, itu aku tidak tahu. Aku mencari, tetapi aku tidak mahu letakkan ia sebagai matlamat utama. Jodoh itu rahsia Allah, dan aku yakin dengan setiap janji-janjiNya. Yang penting, matlamat kita hidup  adalah mahu mendapat keredhoan Allah :)

Ini hanya pendapat aku yg fakir :) sebarang kekhilafan, harap maaf :)
Jumaat, 24 Ogos 2012 0 ulasan

alhamdulilah :) saya hidup lagi !

Bismillah :) Alhamdulilah :)



dah lama tak 'update' blog. Kesibukan menjadikan diri ini sedikit terkongkong utk menulis sesuatu. Alhamdulilah, hari ini, Allah masih beri aku kesempatan untuk bernafas. Untuk memohon keampunan atas segala dosa, dan sentiasa berbakti dengan makhluk - makhlukNya.  Selagi bernafas di muka bumi Allah, selagi itu tanggungjawab sebagai seorang  hamba tidak akan terlupus begitu sahaja :) semoga Allah meredhoi amalan kita :)

Alhamdulilah, kekuatan Allah telah diberikan sedikit kepada hati ini untuk meneruskan langkah sebagai seorang khalifah . Allah Maha Mulia, Allah Maha Bijaksana, Allah Maha Mengetahui akan setiap perkara sama ada tersurat atau tersirat. Segala-galanya milik Allah, kita hanya peminjam sementara, kelak nnt, bila mana kita dipanggil Allah, kita akan dipertanggungjawab dengan setiap apa yg kita pinjam. Lantaran itu, aku membuang semua entry lama, walaupun ada sedikit perkongsian ilmu yang telah dicoretkan, namun, lebih baik membuang semuanya spy aku akn diberikan kekuatan utk memberikan sesuatu walaupun sedikit kepada masyarakat. Jadi, jangan terkejut bila semua entry telah dilupuskan.Biar lah segala asbab pelupusan itu menjadi rahsia :) Kita mulakan kehidupan yang baru dengan semangat yang baru, walaupun semangat baru di eidul fitri :) semoga Allah redho dengan apa yang aku lakukan, hanya itu yang aku mahu :)

Jadi, selamat datang ke blog nor atikah binti amir :) saya sertakan nama abah , kerana mahu mereka yang memanggil dan mendoakan saya akan turut mendoakan utk abah saya :) nama ibu telah tersemat di hadapan nama ku :) 
 
;