(^___^)

(^___^)
Ahad, 17 Mac 2013

Hidup dan Tarbiyyah

Bismillahirahmanirrohim. Assalamualaikum. 

Hidup adalah pilihan. Sama ada kita mahu hidup dalam keadaan Allah redho, atau hidup tanpa ada sesuatu yang menjadi pegangan kita. Jika kita mahu hidup dan mati dalam keadaan Allah redho, maka kita perlu melalui proses kehidupan yang dipenuhi dengan tarbiyyah. Tarbiyyah adalah satu bentuk latihan mental/emosi/fizikal yang dipenuhi dengan ton-ton yang berbeza. Hidup tanpa tarbiyah adalah kehidupan yang tidak produktif. Rasullullah s.a.w sendiri melalui proses ujian dan tarbiyyah daripada Allah ketika baginda menyampaikan dakwah. Baginda adalah sebaik-baik contoh yang berjaya melalui ujian daripada Allah 

Dan bagaimana kita , sebagai seorang hamba yang serba dhaif ini tidak mahu merentas tarbiyyah, tapi ketagih mahu syurga . Ya, memang benar, hanya Allah yang berhak menentukan siapa ahli syurga dan ahli neraka, tetapi, jelas di dalam al Quran telah Allah menjelaskan ciri- ciri ahli syurga. Bahkan, Allah khabarkan isi syurga dan segala macam nikmat mereka yang menjadi ahlinya. Bukan kah ganjaran-ganjaran ini adalah untuk mereka yang bermati-matian untuk mendapat redhoNya.


"Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa. Iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang lain. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik. Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan yang keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengatahui (akan salahnya dan akibatnya).
                                                                                   (Surah Ali Imran ayat 133-135)

Bukalah minda dan hati untuk melalui tarbiyyah. Dalam mengharungi mujahadah, kita perlukan ilmu dan iman yang mantap. Maka, berilah peluang kepada al Quran untuk mengetuk pintu hati kita. Telah Allah nyatakan berulang-ulang di dalam al Quran , bahawa al Quran merupakan peringatan kepada kita untuk dijadikan sebagai panduan hidup. Malang dan rugilah kita jika tidak menggunakan peringatan yang diberikan oleh Allah dengan sebaiknya. Manusia akan cepat lupa dan lalai bila sudah bebas daripada dukacita, bila dalam keadaan susah, betapa kita merangkak kepada Nya. 


*Tibat-tiba aku lost nak tulis apa lg. Setakat ni ja lah naa. :)

0 ulasan:

 
;