(^___^)

(^___^)
Rabu, 19 Disember 2012 0 ulasan

Istiqomah adalah satu perjuangan yang halal lagi berpahala.

Assalamualaikum w.b.t



Aku telah ditanya oleh Aida ( rakan seusrah) ttg soalan istiqomah. Aku sebenarnya tak tahu nk jawab macam mana, aku cuba menjawab soalan tersebut dengan cara paling humble. Sebabkan, semua orang sedang berubah dan perubahan takkan ada titik henti sampai kita menghembuskan nafas terakhir. Tambahan pula, aku sendiri dalam proses perubahan. Proses perubahan perlukan kekuatan, bukan kekuatan yg tinggi, ia lebih kepada semangat kita sendiri. 

Perubahan akan berlaku apabila kita mendapat iktibar daripada sesuatu peristiwa yang membuatkan kita berfikir. Perubahan sangat berkait rapat dengan pengorbanan. Perubahan tanpa pengorbanan tidak akan menjadikan kita merasai kemanisan iman. Adalah normal kalau kita berubah dan akan timbul perasaan utk menjadi yg dulu. Sebab apa yg kita alami itu adalah satu bisikan/ godaan syaitan yg bertujuan utk menarik kita kembali ke jalan lama. 

Contoh :

Aku : 
Aku nk berubah , tp , aku takut aku nanti aku akan kembali balik kepada jalan lama.

Syaitan : 
Tok seh la nak berubah. Kau bukannya kuat mana pon, nnt mesti kau kena sindir dengan kawan-kawan kau. Lepas tu, kau dah tak bebas mcm dulu. Asyik kena menjaga itu dan ini. Kau sanggup nak hadapi semua tu?

Iman :
Wait ! Wait ! Allah tidak melihat kepad hasil, Dia melihat kepada usaha. Allah tak buta menilai semua usaha hambaNya. Perubahan tanpa pengorbanan adalah kemenangan sekadar pada nama. Perubahan perlukan pengorbanan la tokey.

Aku tahu, conversation di atas selalu berlaku dlm life kita. Bukan sahaja pd orang yg baru nk berhijrah, even mereka yg sedang berhijrah pon akan selalu diuji dengan dugaan mcm ni. Syaitan takkan berhenti daripada terus menghasut kita utk kembali kepada jalan lama, sebab syaitan laknatullah dah berjanji kepada Allah utk sesatkan anak adam sehingga hari kiamat. Untuk menjadi apa yg kita mahu pada masa hadapan, anda perlu sedar bahawa perubahan itu jangan ditangguh-tangguh. Perubahan kalau ditangguh-tangguh akan membuang masa kita. 

Kenapa kita perlu berubah ? 


Jawapan simple, sebab kita tak tahu tarikh kematian kita. Manusia akan berubah pada hari kesebelas , dan hari kedua belas dia akan meninggal. Manusia akan menangguhkan perubahan utk sebab kita tak rasa kematian semakin hampir. Tetapi, apabila kita berubah menjadi lebih baik, kita akan selalu berwaspada dengan perlakuan kita. Mengingati Allah dan meletakkan Allah yg utama dalam jiwa kita akan menjadikan kita hidup dalam dunia yg sebenar. 

"Yang demikian (siksaan) itu adalah kerana sesungguhnya Allah sekali-kali tidak akan merubah sesuatu nikmat yang telah dianugerahkannya kepada sesuatu kaum , hingga kaum itu merubah apa yang ada pada diri mereka sendiri ,dan sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” 
(QS Al-Anfal : 53)

Sebagai contoh mudah, apabila kita hidup dan merancang kehidupan tanpa berfikir mengenai hal-hal akhirat, akan menjadikan kita hidup dalam angan-angan. Kita terlalu kejar dunia, sampai lupa bahawa dunia adalah satu persinggahan utk kita tanam dan menuai hasil di akhirat kelak. Kita study, kerja dan hidup hny utk life kita. Untuk kejar kesenangan dunia, sampai kita lupa bahawa pekerjaan kita yg sebenar adalah mendapat redho Allah. Akhirnya, kita sebenarnya hidup dalam angan-angan. Bagaikan kita berada dalam satu bola yang dipenuhi dengan dunia kita sahaja tanpa memikirkan dunia yg satu lagi. Dunia yg akan kekal abadi. 

Tetapi, kalau kita merancang dgn meletakkan Allah sbg nombor satu dalam kehidupan kita, akan menjadikan kita lebih berhati-hati dengan perlakuan dan tindakan kita. Kita belajar, bekerja dan hidup kerana Allah , dan menganggap apa yg ada di dunia adalah satu ujian utk kita. Boleh jadi satu nikmat sementara utk kita. Nikmat 1% sahaja, 99% lagi adalah nikmat di akhirat. Tak tergambar dengan kata-kata. Nikmat yg Allah janjikan utk mereka yg benar-benar beriman kepada Allah. Mereka yg percaya bahawa dunia adalah satu persinggahan sementara adalah mereka yg berusaha utk menjadikan apa yg dia lakukan dunia adalah satu amalan dan ibadah. 

“Sesungguhnya orang-orang yang diberikan pengetahuan sebelumnya apabila Al-Qur'an dibacakan kepada mereka, mereka menyungkur atas muka mereka sambil bersujud. Dan mereka berkata : Maha Suci Tuhan kami, sesungguhnya janji Tuhan kami pasti penuhi. Dan mereka menyungkur atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyu'.”
 (QS Al-Isra’ : 107-109)

Maka, jangan takut untuk berubah, berubahlah walau pun bermula dengan langkah paling kecil. Kerana, langkah yg kecil itulah permulaan kepada langkah yg lebih besar, kan ? . Jangan sesekali kalah kepada hasutna syaitan. Kalau syaitan tak pernah putus asa nk hasut kita ,takkan kita nak putus asa utk dapat kan redho Allah ? No , no , no. Kita adalah raja kepada minda dan hati kita. Kita mengawal minda kita utk setiap apa yg kita lakukan, Kalau kita fikir utk jatuh, minda akn beri signal pd anggota lain utk kalah dengan perjuangan kita.

Perjalanan perubahan akan diduga dengan istiqomah. Istiqomah adalah perjuangan kita utk mendapat redho Allah. Istiqomah perlukan kekuatan utk menghalangi setiap perkara2 jahat merasuk minda kita. tetapi bagaimana kita nk dapatkan kekuatan itu. Sebab itu perlukan al Quran dan mengamalkan Sunnah utk menjadikan kita yakin dengan apa yg kita lakukan. Dampingi al Quran dan ghairah utk mempelajari setiap kata-kata Allah supaya dapat dijadikan sebagai ayat peransang pd jiwa kita. 

Istiqomah akan diuji walaupun anda menjadi seorang ustazah, hafizah atau pun ulama'. Kita akan diuji, namun mereka yg memperlengkapkan jiwa dengan kecintaan kepada Allah akan menempuhi ujian tersebut dengan jiwa yang tenang. Orang-orang beriman yg diuji akan sentiasa percaya bahawa ujian itu dtg drpd Allah utk memotivasikan diri kita agar menjadi hamba yg soleh. 

Allah SWT berfirman, “Setiap manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia”.

Menurut Sayyid Quthb, ayat ini menunjukkan bahawa Allah sentiasa menjaga dan memerhatikan kita. Allah sentiasa mengetahui setiap apa yg terbuku di hati dan jiwa kita sama ada kita zahirkan atau tersembunyikan di jiwa kita. Allah tahu semuanya tentang kepayahan dan kesusahan kita dalam menggapai kekuatan jiwa. Persoalannya, sejauh mana yg kita sudah laburkan utk menggapa redho Allah, tidak cukup hny sekadar doa, kita perlukan tindakan, bertindak balas dengan setiap apa yg Allah suruh dalam al Quran. Berikan tindak balas dengan apa yg Allah wajibkan ke atas diri kita. 

Bagaimana mungkin kita lulus exam dengan cemerlang klu kita tak study. Study akan menjadikan kita lebih yakin utk jawab exam. Begitulah juga kita nk dapatkan merkah daripada Allah, mana mungkin kita dapat nikmat iman klu kita tak melalui ujian  Allah, utk mendapat menyeberangi ujian itu, kita perlukan ilmu yg mendekatkan diri kita kepada Allah. Berjalanlah dengan nama Allah, menyusur liku-liku hidup dengan solat malam mu. Mengadulah dengan Allah dengan sesungguhnya. Allah mengetahui apa yg engkau fikir dan lakukan walaupun tanpa pengetahuan orang sekeliling. Bukankah Allah itu sentiasa memerhati mu ? 

Aku titipkan sebuah lirik lagu untuk rakan seperjuangku, sebagai satu ilham kepada kalian utk terus berdiri :)

Ujian Hidup - Imam Muda

Di kala hidupku tertekan
Terasa kehilangan
KepadaNya akan ku pergi
Demi mencari bimbingan

Ku berserah takdir padaNya
Menentu arah hala
Walau ujian hidup melanda
Ku tabah menerima kerana..

Walaupun tak dikurnia kemasyuran
Walaupun tak diberi kemakmuran
Hati ku tetap akan memuji
NamaMu selalu Ya Rabbi

Walaupun tak dilimpah kemewahan
Akanku memanjangkan kesabaran
Ku tetap syukur pada Ilahi

Kerana mengurniakan nyawa ini

Ku berserah takdir padanya
Menentu arah hala
Walau ujian hidup melanda
Ku tabah menerima kerana..

Dia di hatiku selalu
Memberikanku petunjuk ketika perjalanan ku sukar
KepadaNya ku kembali di akhir riwayat ini
Untuk bersamaNya selamanya


Wallahu'alam, segala yg baik datang dari Allah, dan yg lemah itu adalah kekurangan diri sy sendiri :)


Khamis, 6 Disember 2012 0 ulasan

Typical Questions

Assalamualaikum w.b.t


Berhabuk dah blog ni, walaupun dah tamat zaman belajar, tapi still jarang update. Aku kesibukan menjadi pelarian ke hulur dan ke hilir demi membiasakan diri terus sibuk. heee. Tahniah dan takziah utk aku kerana telah dipilih utk menjadi naqibah utk sekumpulan pelajar UiTM Melaka. Terima kasih kpd sahabat yg telah bertemu dan menghubungi aku secara personal utk menjadi naqibah mereka, Allahurabbi, sesungguhnya ini adalah amanah yg berat dan harus digalas dengan sesempurna yg mgkn. Walaupun pernah menjadi naqibah dan memegang jawatan Usrah dan Tarbiah di kampus namun, aku tetap insan lemah. Jadi, aku sangat sangat sangat perlukan sahabat seusrah yg tidak memanggil aku sebagai ustazah =,=.

Bukan, bukan aku tidak suka dgn gelaran ustazah. Demi Allah, gelaran ustazah sgt tinggi buat aku, bahkan diberikan gelaran naqibah pun aku rs sgt tidak layak. Aku memang bukan insan yg layak utk digelar seperti itu, kerana aku masih lagi merangkak dalam mengharungi gelaran mujahidah sejati. Usrah ini menjadikan aku lebih cekal dan tabah menjadi hamba Allah yg diredhoi Allah. Alhamdulilah, sudah 2 kali usrah dijalankan , dan kali ketiga dijalankan secara online. Renspon yg diterima amat menggalakkan, bahkan ada dikalangan mereka yg menghubungi aku secara personal utk berbincang masalah dan berkongsi pendapat. Alhamdulilah :) aku dapat rasa hubungan ukhuwwah yg terjalin dan semakin erat :)

Setiap kali usrah, aku akan selalu dapat soalan-soalan cepu cemas seperti hal2 berkaitan hati, tarbiah dan iman. Even , ada yg bertanya personally ttg hal sebegitu. Allahuakbar :) Kadang-kadang, aku tersenyum seorang diri bila membaca setiap pertanyaan mereka ;) Tapi, aku tak pernah bosan menjawab dan melayani pertanyaan mereka, kerana, melayan mereka dengan penuh kasih sayang adalah salah satu cara utk aku mendapat pahala daripada Allah :) Semoga Allah memberkati ukhuwwah kami :)

\

Dan pertanyaan yg selalu aku dapat adalah berkaitan cinta remaja. Kebanyakan akan bertanya ttg hal percintaan remaja yg kebanyakkan dilanda ombak keresahan yang melibatkan hati. Dan yg paling tidak aku duga apabila ada yg bertanya bagaimana aku boleh menjadi kuat mengharungi perpisahan percintaan, Allahurabbi, aku tidak layak menjawab persoalan ini, namun, apabila disering ditanya, bahkan ketika aku adakan sesi sharing moments, soalan-soalan begini adalah soalan yg kerap kali akan ditanya. Aku kadang kala tersenyum seorang diri. Aku sendiri sedang berusaha utk memulakan hidup baru,  masih lagi merangkak. masih sedang belajar utk menjadi kuat.

# Nak menulis ni pun aku serba salah. Tapi, kalau tak jawab, tak best pulak. Jadi, ini sekadar perkongsian biasa sahaja.

1. Dekatkan diri dengan Allah

Dekat diri anda dengan Allah s.w.t. Aku tak nafikan time bercinta dulu, ada sedikit terleka dgn dunia. Astaghfirullahalzim, semoga Allah ampunkan dosa aku. Walaubagaimana pun, aku adalah tidak memblack list mereka yg sedang bercinta sebelum bernikah. Itu hak mereka, dan ini adalah hak aku utk memilih utk tidak bercinta sebelum bernikah. Kalau nk bercinta sebelum atau selepas, terpulang. Yang penting, jujur lah dgn Allah, adakah kalian betul2 menjaga hak-hak Allah semasa bercinta, atau kita lebih mementing keutuhan hubungan kita dengan pasangan berbanding hubungan kita dengan Allah. 

Jadi, dekatkan diri dengan Allah secara perlahan-lahan. Kalau dulu hanya tahu sedikit, maka, tambahkan lagi ilmu utk kenal Allah. Jadi bagaimana utk kenal Allah? , pertama, hilangkan rasa kebergantungan kita dengan manusia. Belajar utk bermujahadah, aku tak nafikan kadang-kadang , memang akan ada perasaan rindu dgn dia. Tetapi, chill beb~ . Kalau rindu tu datang, jangan nafikan. Kalau rasa masih sygkan dia, berdoa kepada Allah, agar Allah berikan ketenangan hati. Jangan lah kita layan perasaan rindu, nnt sampai ke esok tak nak buat kerja lain. Jadi, kenali Allah dng lebih mendalam, dan sentiasa percaya apa pun yg berlaku dalam kehidupan kita, Allah sentiasa ada. Dan sentiasa adaaaa setiap masa :) 

Bacalah al Quran dan berusaha utk faham setiap isi bacaannya :) Akan ada ketenangan yg teramat sangat di hati kita. Dan jadikan al Quran sebagai teman paling akrab ktia. Telah tertulis ayat2 cinta Allah di situ , dan pasti hati kita akan menjadi tenang setiap kali kita membaca setiap ayat2 cinta Allah :) Kurangkan dengar lagu yg meleleh dan buat kita sedih. Sampai ke esok kita takkan berjaya nak bangkit dari tempat tidurrrr..

2. Hobi 

Ok, part hobi ni, korang haruslah kreatif mencari hobi yg memberi benefit pada diri dan kehidupan kita. Do something you love. Sebab bila kita buat sesuatu yg kita suka, pasti kita takkan jemu utk terus buat perkara tu. For an example, member aku suka memasak bila dia sedih. So, setiap kali dia sedih atau rindu dekat ex dia, dia akan memasak. Semakin lama, skill memasak dia semakin power ! So, drpd dia masak sbb sedih, sekarang, dia memasak utk menambahkan kemahiran diri dia sendiri. Recently, dia bgtau aku yg dia dah semakin gembira dengan life dia, alhamdulilah :) 

Ramai sahabat usrah tny pd aku, apa yg aku suka buat utk penuh masa lapang aku. Pertama, aku suka membaca, aku memang suka membaca. Aku akan membaca buku-buku yg aku rasa,  boleh beri benefit pd diri dan minda aku. Bila kita membaca, secara tak langsung minda kita akan terbuka. Dan kita takkan terikat dengan peraturan/hukuman dunia, yg mengatakan bahawa kejayaan itu diukur melalui gred / pointer result exam. Aku mmg tak berpegang pada definisi itu, tapi, tak bermakna kita jangan belajar. Menuntu ilmu itu wajib., cuma aku sgt2 percaya bahawa kejayaan adalah apabila kita hidup dalam keadaan Allah redho. 

Kadang-kadang, kita kejar kejataan dunia, sampai kita perkara yg lebih abadi. Akak ipar aku pernah nasihat kan aku, dia doktor perubatan, sekarang sedang sambung master . Dia kata, sebenarnya pekerjaan kita sekarang ni hny lah sampingan sahaja, perkara yg lebih utama adalah menjadi hamba Allah yg diredhoi. Kadang-kadang, otak dan pemikiran kita disempitkan dgn kejayaan diukur melalui gaji dan pangkat. Ya, boleh jadi itu dikira sebagai perkara yg memotivasikan diri kita menjadi lebih bersemangat utk bekerja. Tetapi, letakkan keredhoan Allah sebagai target utama. Contohnya, pekerjaan kita tu jadikan kita nak tlg orang lain, dan dahulukan syariat dan ilmu Allah sebagai target utama utk dikejar dl. Bak kata akak ipar aku, tak rugi kejar ilmu Allah, bahkan Allah lagi tambahkan keberkatan pd rezeki kita. Aku akan usaha utk jadikan diri aku membaca ssekurang-kurang 10 minit setiap hari. Harap-harap berkekalan. phew~

mini library yg tak bape nk library. haha

3. Bergaul dengan masyarakat

Ya, bergaul mesra dgn masyarakat. Jangan hidup terperuk seorang diri dan rasa hidup seorang diri adalah sgt best ! Definitely, NO !. Sedangkan Rasullullah sendiri berdakwah secara berjemaah, ini kan pulak kita yg banyak nafsu amarah ni kan. Kadang-kadang, bila hidup nafsi-nafsi, kita selalu rasa kita betul, sbb takde orang yg kondem atau tegur kita. It's normal kalau ada orang benci kita dalam kehidupan biasa, even kita sendiri pon tak suka semua orang kan?. But, jangan jadikan itu sebagai alasan kita nk hidup seorang diri, jadikan kritikan sebagai perkara yg membina kita. Kalau ada yg memfitnah, jadikan ia sebagai pahala free. Dalam life kita. apa yg perlu kita utamakan adalah redho Allah. Bila ada teguran ,itu akan menjadikn kita lebih kuat utk mengharungi dugaan dunia. Antara perkara yg kita boleh buat ialah......


Penuhkan hak keluarga korang. Seperti menjadi anak, adik, kakak dan mak cik yg solehahahahaha. 

Gembirakan hati kita dengan lakukan apa yg kita tahu . seperti mengajar :)
Luangkan masa dengan kawan2 koranggg. 

Keluar dan bergila2 dan member korang 
Do something yg benefit pd diri, agama dan masyarakat :)
Belajar dan cari ilmu Allah :)


4. Dahulukan hak orang yg lebih berhak.

Kadang-kadang, masa kita bercinta dl, kita lupa utk penuhi hak mereka yg lebih berhak ke atas kita. Kita asyik dgn dunia percintaan hingga kita lupa utk menggembirakan mereka yg lebih wajib kita gembirakan. Jadi, sekarang ni, kita tebuslah semula masa yg lampau dan penuhkan hak mereka :) InsyaAllah, hak kita yg lain, akan dipenuhi jg :) Penuhkan hak mereka yg halal dahulu :)

Banyak lagi perkara yg kita boleh buat utk jadikan diri lebih kuat. Yang paling penting, jangan paksa diri kita. Mulakan dengar kadar yg perlahan dan istiqomah dengan perkara yg sedikit itu. InsyaAllah, yg selebihnya akan dimudahkan oleh Allah :) 

Semoga berjaya wahai sahabat seusrah kuuuuu :)



















 
;