(^___^)

(^___^)
Rabu, 19 Disember 2012

Istiqomah adalah satu perjuangan yang halal lagi berpahala.

Assalamualaikum w.b.t



Aku telah ditanya oleh Aida ( rakan seusrah) ttg soalan istiqomah. Aku sebenarnya tak tahu nk jawab macam mana, aku cuba menjawab soalan tersebut dengan cara paling humble. Sebabkan, semua orang sedang berubah dan perubahan takkan ada titik henti sampai kita menghembuskan nafas terakhir. Tambahan pula, aku sendiri dalam proses perubahan. Proses perubahan perlukan kekuatan, bukan kekuatan yg tinggi, ia lebih kepada semangat kita sendiri. 

Perubahan akan berlaku apabila kita mendapat iktibar daripada sesuatu peristiwa yang membuatkan kita berfikir. Perubahan sangat berkait rapat dengan pengorbanan. Perubahan tanpa pengorbanan tidak akan menjadikan kita merasai kemanisan iman. Adalah normal kalau kita berubah dan akan timbul perasaan utk menjadi yg dulu. Sebab apa yg kita alami itu adalah satu bisikan/ godaan syaitan yg bertujuan utk menarik kita kembali ke jalan lama. 

Contoh :

Aku : 
Aku nk berubah , tp , aku takut aku nanti aku akan kembali balik kepada jalan lama.

Syaitan : 
Tok seh la nak berubah. Kau bukannya kuat mana pon, nnt mesti kau kena sindir dengan kawan-kawan kau. Lepas tu, kau dah tak bebas mcm dulu. Asyik kena menjaga itu dan ini. Kau sanggup nak hadapi semua tu?

Iman :
Wait ! Wait ! Allah tidak melihat kepad hasil, Dia melihat kepada usaha. Allah tak buta menilai semua usaha hambaNya. Perubahan tanpa pengorbanan adalah kemenangan sekadar pada nama. Perubahan perlukan pengorbanan la tokey.

Aku tahu, conversation di atas selalu berlaku dlm life kita. Bukan sahaja pd orang yg baru nk berhijrah, even mereka yg sedang berhijrah pon akan selalu diuji dengan dugaan mcm ni. Syaitan takkan berhenti daripada terus menghasut kita utk kembali kepada jalan lama, sebab syaitan laknatullah dah berjanji kepada Allah utk sesatkan anak adam sehingga hari kiamat. Untuk menjadi apa yg kita mahu pada masa hadapan, anda perlu sedar bahawa perubahan itu jangan ditangguh-tangguh. Perubahan kalau ditangguh-tangguh akan membuang masa kita. 

Kenapa kita perlu berubah ? 


Jawapan simple, sebab kita tak tahu tarikh kematian kita. Manusia akan berubah pada hari kesebelas , dan hari kedua belas dia akan meninggal. Manusia akan menangguhkan perubahan utk sebab kita tak rasa kematian semakin hampir. Tetapi, apabila kita berubah menjadi lebih baik, kita akan selalu berwaspada dengan perlakuan kita. Mengingati Allah dan meletakkan Allah yg utama dalam jiwa kita akan menjadikan kita hidup dalam dunia yg sebenar. 

"Yang demikian (siksaan) itu adalah kerana sesungguhnya Allah sekali-kali tidak akan merubah sesuatu nikmat yang telah dianugerahkannya kepada sesuatu kaum , hingga kaum itu merubah apa yang ada pada diri mereka sendiri ,dan sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” 
(QS Al-Anfal : 53)

Sebagai contoh mudah, apabila kita hidup dan merancang kehidupan tanpa berfikir mengenai hal-hal akhirat, akan menjadikan kita hidup dalam angan-angan. Kita terlalu kejar dunia, sampai lupa bahawa dunia adalah satu persinggahan utk kita tanam dan menuai hasil di akhirat kelak. Kita study, kerja dan hidup hny utk life kita. Untuk kejar kesenangan dunia, sampai kita lupa bahawa pekerjaan kita yg sebenar adalah mendapat redho Allah. Akhirnya, kita sebenarnya hidup dalam angan-angan. Bagaikan kita berada dalam satu bola yang dipenuhi dengan dunia kita sahaja tanpa memikirkan dunia yg satu lagi. Dunia yg akan kekal abadi. 

Tetapi, kalau kita merancang dgn meletakkan Allah sbg nombor satu dalam kehidupan kita, akan menjadikan kita lebih berhati-hati dengan perlakuan dan tindakan kita. Kita belajar, bekerja dan hidup kerana Allah , dan menganggap apa yg ada di dunia adalah satu ujian utk kita. Boleh jadi satu nikmat sementara utk kita. Nikmat 1% sahaja, 99% lagi adalah nikmat di akhirat. Tak tergambar dengan kata-kata. Nikmat yg Allah janjikan utk mereka yg benar-benar beriman kepada Allah. Mereka yg percaya bahawa dunia adalah satu persinggahan sementara adalah mereka yg berusaha utk menjadikan apa yg dia lakukan dunia adalah satu amalan dan ibadah. 

“Sesungguhnya orang-orang yang diberikan pengetahuan sebelumnya apabila Al-Qur'an dibacakan kepada mereka, mereka menyungkur atas muka mereka sambil bersujud. Dan mereka berkata : Maha Suci Tuhan kami, sesungguhnya janji Tuhan kami pasti penuhi. Dan mereka menyungkur atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyu'.”
 (QS Al-Isra’ : 107-109)

Maka, jangan takut untuk berubah, berubahlah walau pun bermula dengan langkah paling kecil. Kerana, langkah yg kecil itulah permulaan kepada langkah yg lebih besar, kan ? . Jangan sesekali kalah kepada hasutna syaitan. Kalau syaitan tak pernah putus asa nk hasut kita ,takkan kita nak putus asa utk dapat kan redho Allah ? No , no , no. Kita adalah raja kepada minda dan hati kita. Kita mengawal minda kita utk setiap apa yg kita lakukan, Kalau kita fikir utk jatuh, minda akn beri signal pd anggota lain utk kalah dengan perjuangan kita.

Perjalanan perubahan akan diduga dengan istiqomah. Istiqomah adalah perjuangan kita utk mendapat redho Allah. Istiqomah perlukan kekuatan utk menghalangi setiap perkara2 jahat merasuk minda kita. tetapi bagaimana kita nk dapatkan kekuatan itu. Sebab itu perlukan al Quran dan mengamalkan Sunnah utk menjadikan kita yakin dengan apa yg kita lakukan. Dampingi al Quran dan ghairah utk mempelajari setiap kata-kata Allah supaya dapat dijadikan sebagai ayat peransang pd jiwa kita. 

Istiqomah akan diuji walaupun anda menjadi seorang ustazah, hafizah atau pun ulama'. Kita akan diuji, namun mereka yg memperlengkapkan jiwa dengan kecintaan kepada Allah akan menempuhi ujian tersebut dengan jiwa yang tenang. Orang-orang beriman yg diuji akan sentiasa percaya bahawa ujian itu dtg drpd Allah utk memotivasikan diri kita agar menjadi hamba yg soleh. 

Allah SWT berfirman, “Setiap manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia”.

Menurut Sayyid Quthb, ayat ini menunjukkan bahawa Allah sentiasa menjaga dan memerhatikan kita. Allah sentiasa mengetahui setiap apa yg terbuku di hati dan jiwa kita sama ada kita zahirkan atau tersembunyikan di jiwa kita. Allah tahu semuanya tentang kepayahan dan kesusahan kita dalam menggapai kekuatan jiwa. Persoalannya, sejauh mana yg kita sudah laburkan utk menggapa redho Allah, tidak cukup hny sekadar doa, kita perlukan tindakan, bertindak balas dengan setiap apa yg Allah suruh dalam al Quran. Berikan tindak balas dengan apa yg Allah wajibkan ke atas diri kita. 

Bagaimana mungkin kita lulus exam dengan cemerlang klu kita tak study. Study akan menjadikan kita lebih yakin utk jawab exam. Begitulah juga kita nk dapatkan merkah daripada Allah, mana mungkin kita dapat nikmat iman klu kita tak melalui ujian  Allah, utk mendapat menyeberangi ujian itu, kita perlukan ilmu yg mendekatkan diri kita kepada Allah. Berjalanlah dengan nama Allah, menyusur liku-liku hidup dengan solat malam mu. Mengadulah dengan Allah dengan sesungguhnya. Allah mengetahui apa yg engkau fikir dan lakukan walaupun tanpa pengetahuan orang sekeliling. Bukankah Allah itu sentiasa memerhati mu ? 

Aku titipkan sebuah lirik lagu untuk rakan seperjuangku, sebagai satu ilham kepada kalian utk terus berdiri :)

Ujian Hidup - Imam Muda

Di kala hidupku tertekan
Terasa kehilangan
KepadaNya akan ku pergi
Demi mencari bimbingan

Ku berserah takdir padaNya
Menentu arah hala
Walau ujian hidup melanda
Ku tabah menerima kerana..

Walaupun tak dikurnia kemasyuran
Walaupun tak diberi kemakmuran
Hati ku tetap akan memuji
NamaMu selalu Ya Rabbi

Walaupun tak dilimpah kemewahan
Akanku memanjangkan kesabaran
Ku tetap syukur pada Ilahi

Kerana mengurniakan nyawa ini

Ku berserah takdir padanya
Menentu arah hala
Walau ujian hidup melanda
Ku tabah menerima kerana..

Dia di hatiku selalu
Memberikanku petunjuk ketika perjalanan ku sukar
KepadaNya ku kembali di akhir riwayat ini
Untuk bersamaNya selamanya


Wallahu'alam, segala yg baik datang dari Allah, dan yg lemah itu adalah kekurangan diri sy sendiri :)


0 ulasan:

 
;