(^___^)

(^___^)
Rabu, 5 Jun 2013 0 ulasan

Uruskan hati mu :)

Bismillah dan Assalamualaikum :) Sesi menjawab soalan dr sahabat usrah yg disayangi :)

Soalan : 
Macam mn nk tahu, yg situation kita tgh lalu tu, sama ada petunjuk atau ujian dr Allah?

Lanjutan soalan :
Baru-baru ni, ex kita datang balik, just to tanya khabar. Tp kita jadi tak tentu arah sampai kita ajak keluar. Dia dh ada gf. Kita macam frust. Tp, ms keluar, for the first time dia imamkan kita. Kitorg jemaah solat maghrib. Kita cakap kat dia, pls come back to me, tp dia cakap, not now sbb dia tgh ada gf. Kita jd frust, kita still berharap. And kita skrg buat "effort" thru Allah je. Boleh tak bagi pendapat ?

Soalan ni aku dpt by sms , tp, jenuh nk jawab panjang-panjang dlm sms, jadi jawab dlm blog shj. Ok, straight to the business, here's my opinion.

Allah ciptakan setiap manusia ada perasaan untuk mencintai dan dicintai. Mempunyai perasaan mencintai tu tak salah, itu fitrah manusia. tp, cara kita mengendalikan perasaan cinta itulah yg kena dititikberatkan. Hidup ini bukan sekadar mahu memenuhi fitrah menjadi seorang yg ingin dicintai sahaja, kita haruslah menjadi orang yang mencintai dahulu? Keliru dengan statement aku? 

Ok, mcm ni, sebelum kita ingin dicintai manusia, pertamanya, kita harus belajar untuk mencintai Allah. Untuk apa? Sbb, apabila kekuatan cinta kpd Allah telah mantap , maka, secara automatik, setiap perkara yg kita cuba lakukan, ttp menemui jalan buntu. akan menjadikn kita lebih tenang. Ya, mmg kita akan sedih utk beberapa ketika, tetapi. bila mana cinta Allah dah penuh pd jiwa kita, maka, dugaan dan rintangan boleh diatasi dgn baik. 

Ketahuilah bahawa rasa cinta dalam hati kita kepada Allah dan Rasulnya itu adalah nikmat yang agung, namun lebih agung darinya ialah apabila Allah menyintai kita. Agar Allah menyintai kita, marilah kita memdengar apa kata Allah;

“Tidak ada amalan yang dilakukan hambaKu untuk ia mendekatkan dirinya kepada yang paling aku sukai melebihi dari amalan-amalan yang aku fardhukan ke atasnya. Kemudian jika hambaKu terus menerus mendekatkan dirinya kepadaKu dengan amalan/amalan sunat Aku akan mengasihinya. Apabila aku kasih kepadanya, akulah pendengarannya yang ia mendengar dengannya, matanya yang ia melihat dengannya, tangannya yang ia memegang dengannya dan kakinya yang ia berjalan dengannya. Bila ia meminta dariKu, pasti Aku beri kepadanya. Bila ia berlindung denganKu, pasti aku lindunginya…”.[3]

Untuk rasa dicintai oleh manusia, letaklah Allah sbg tempat rujukan pertama. Boleh sahaja kita berdoa agar dijodohkan bersama dia, tetapi, lebih baik sekiranya kita berdoa agar diberikan kekuatan dalam menghadapi setiap percaturan Allah. Mereka yang telah menyerahkan cintanya kepada Allah, pasti Allah akan menjaga cinta itu untuk dipinjamkan kepada si dia yang lebih berhak. Perasaan untuk dimiliki oleh org yg kita sayangi adalah perasaan yang normal, itu fitrah, tetapi cara kita mengendalikan perasaan itu yg harus kita titik beratkan.

Muhasabah diri semula, cari titik kekuatan kita. Pada pengakhiran cerita hayat kita, kita hanyalah punya Allah. Hanya kita dan Allah, yang mendatangkan kekuatan untuk terus bangun adalah diri kita sendiri, bukan dari manusia. Manusia sekadar perantara untuk diberikan kekuatan. Kita perlu merujuk kepada Allah untuk meminta sesuatu perkara. Sekiranya perkara itu baik utk agama kita, maka, mintalah ! dan sekiranya memberikan kemudharatan kepada agama kita, maka berdoalah agar diberikan kekuatan untuk redho dengan ketentuan Allah .

Manusia yang jiwanya sudah penuh dengan kecintaan kepada Allah, pasti dia tidak lelah dengan kecintaan luar. Boleh sahaja kita mengharapkan untuk terus dicintai oleh dia, tetapi raih cinta Allah terlebih dahulu, dan pasti sepanjang perjalanan, mujahadah akan terus diuji dan diuji. Syurga itu untuk mereka yg bersabar dengan setiap ujianNya ;

Surah Al-Ankabut, Ayat 2 & 3
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.

Dalam menempuh mujahadah, pasti akan ada rintangan yang melanda. Perasaan lama berulang kembali, dan secara tak langsung, akan menganggu gugat perjalanan kita. Ya, mgkn dia jodoh kita , mgkn juga tidak. Sebab itu, dlm menguruskan perkara ini, pertamanya, kita minta utk diberikan kekuatan lebih byk berbanding utk dijodohkan bersamanya. Adapun, minta untuk dijodohkan bersamanya adalah dibenarkan, namun, meminta kekuatan agar terus istiqomah pd jalan Allah itu adalah lebih baik. Mereka yang telah menyerahkan cintaNya kepada Allah, kita fikir Allah akan melepaskan begitu shj? . Sudah tentu tidak! Allah sangat cintakan hambaNya yg byk berdoa kepadaNya, dan tidak pernah lelah dr terus merayu kepadaNya.

Uruskan hati mu sahabat :) Uruskan hati mu agar mencintai sesuatu kerana Allah, agar apa pun yg berlaku pd kemudian hari, kita akan tetap teguh pd jalan yg kita telah pilih. Dan sesungguhya ujian akan menjadikan kita lebih kuat dalam menjadi hamba Nya yg soleh/solehah. Bajailah cinta mu dengan Allah terlebih dahulu, resapkan pada sanubari, bila kau sudah taburkan baja yg baik pd hati mu, percayalah, Allah telah sediakan yg terbaik untuk mu. Perbanyakkan zikir cinta kepada Allah ketika kenangan lalu menggamit kembali, ingatlah ketika perasaan kau jatuh dan ingin bangkit dahulu, hingga kau menemukan cinta Allah. Bahagia bukan? Begitulah Allah ingin kau istiqomah pd jalan yg kau pilih.

Dan , buat si dia yang kau nantikan, berdoalah selalu :)  jika mahu senang berurusan dengan manusia, uruskan dahulu urusan mu dengan Allah . Maka, selebihnya pasti Allah akan uruskan dengan sebaiknya .


'Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkanlah hatimu. Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah didaftar anak bumi yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas Kasih-Nya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dan jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkungkung di bawah satu perasaan di dalam lindungan Tuhan. Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian, dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam, keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh.

Dan jika engkau mencintai tetapi cintamu tak terbalas, senangkan jugalah hatimu. Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jatuh dari matanya: dia akan cinta , cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, ada pada yang lebih kekal daripada insan. Bersedialah menerima dan menyuburkan cinta, walau bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya. 

Hendaklah engkau menjadi orang yang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar ditempuh oleh manusia biasa. Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan itu sendiri.'

Cinta yang sejati adalah cinta di antara dua hamba Allah yang dipaterikan oleh cinta kepada Allah. Janganlah kita berkhayal kerana iblis suka meracuni jiwa yang lalai.

Hamka ( Tenggelamnya Kapal Van Der Wicjk)







Isnin, 20 Mei 2013 0 ulasan

I'm happy, and I always happy :)


She's just a girl and she's on fire
Hotter than a fantasy, lonely like a highway
She's living in a world and it's on fire
Filled with catastrophe, but she knows she can fly away

(Alicia Keys)


Selasa, 30 April 2013 0 ulasan

Anda memang cantik :)


Ramai mengintepretasikan kecantikan melalui pemakaian alat mekap dan rampingnya tubuh badan seseorang. Jika seorang wanita itu diukur cantik melalui kelicinan wajahnya, maka lelaki pula akan diukur melalui kegagahan tubuh badan, betapa kekuatan six pack yg tertonjol di tubuh badannya. Walau bagaimana pun anda mengukur kecantikan itu, ia hanya indah pada pemandangan mata. Pada pendapat aku, kecantikan sebenar itu adalah sesuatu yang mendamaikan di hati dan menyenangkan jiwa. Cantik yang sepatutnya dipertontonkan kepada yang halal, akan cepat muak dilihat apabila asyik dipertontonkan. Tiada misteri yg ingin kita boleh persembahkan kepada mereka selayaknya, jika acapkali diperlihatkan dengan mudah.




Aku punya pandangan tersendiri mengenai isu cantik ini. Sejujurnya, aku juga mempunyai sepasang mata yang suka melihat kepada kecantikan. Aku paling suka melihat wanita/lelaki yang mempunyai anak mata berwarna biru. Unik dan sukar didapati,lebih-lebih lagi seseorang itu merupakan kacukan. Aku juga tidak menafikan kecantikan pada rampingnya tubuh badan seseorang. Siapa tidak mahu kelihatan kurus dan ramping bukan? , semua ingin menjadi seperti model di kaca televisyen. Bagaimana iklan di kaca televisyen dapat mempengaruhi pemikiran kita, hingga kita begitu teruja menjadi seperti apa yg diiklankan. Aku juga tidak terkecuali, terutama iklan pelansingan badan. Letih dengan  lemak-lemak yang sedang bermaharajalela di tubuh badan ini, ingin sahaja aku ambil penyedut lemak dan buang segala lemak. 

Aku juga dikelilingi dengan sahabat-sahabat yg begitu menjaga kecantikan.  Namun, mereka sebenarnya sudah kelihatan begitu cantik di hadapan masyarakat, adakalanya ,aku malu dengan penampilan aku sendiri. Begitu mereka menjaga kecantikan ,sehingga aku sendiri terfikir, adakah dunia wanita harus mempunyai beg make up sendiri di dalam handbag mereka?. Secara asasnya, seorang wanita harus mempunyai, lipstick, bedak muka dan minyak wangi sebagai penyegar tubuh badan. Dan ada juga penambahan buat wanita yg begitu mementingkan perapian diri, iaitu blusher, eye liner, losyen tangan dan sebagainya hingga aku tidak mampu untuk menyenaraikannya di sini.

Aku menghormati pandangan dan cara mereka mengintepretasikan kecantikan itu. Aku meraikannya dengan adakalan aku sengaja mencuba semuanya. Tetapi untuk sekadar tatapan mereka sahaja, cukup untuk menjadikan mereka gembira. Mereka sahabat yang harus dimuliakan dengan penghormatan aku, jadi aku biarkan sahaja wajah ku dioles oleh mereka dan itu sahaja sudah membuatkan mereka gembira. “Jom kita make upkan muka Atikah, jarang kita dapat peluang macam ni”. Mereka begitu mengenali diri aku tentang alat-alat make up.  Ringkas, dan tidak menyusahkan . Mudah untuk diletakkan di wajah, dan cukup sekadar untuk menjadikan aku selesa berhadapan dengan orang ramai. Alat-alat make up tambahan adalah perkara yang paling lemah untuk aku menghafalnya. Aku punya keterujaan mengumpul buku ,berbanding alat make up. Entah, mungkin itu cara aku mengekspresikan kecantikan pada lisan ku iaitu kelancaran berkata-kata dengan memetik kata-kata hikmah daripada buku yang aku baca sebagai rujukan. 

Semakin aku mendalami dunia kecantikan, dan aku bandingkan dengan buku yang aku baca. Pandangan aku mengenai kecantikan itu lebih luas daripada apa yg kita sangka. Jika kita membaca kisah pahlawan wanita Islam seperti Sumayyah binti Khayyath,  Asma' binti Abu Bakar, Nasibah binti Ka'ab dan pahlawan wanita Islam yg lain , aku mendapati terdapat kecantikan tersendiri pada mereka dan tidak mampu dimiliki dengan mudah oleh wanita-wanita biasa. Membaca kisah perjuangan mereka, memberikan aku imaginasi mengenai keberanian mereka, bahkan mereka juga dikagumi oleh ramai lelaki, hinggi kini, dalam ceramah-ceramah agama, nama-nama mereka dijulang tinggi dan dijadikan contoh. Makna kata, hingga kini, mereka masih diminati ramai, bukankah itu tergolong dalam golongan cantik? (cantik = diminati ramai )

Dalam buku Jangan bersedih (Jadilah wanita yang paling bahagia), m/s 90, oleh Dr. Aidh bin Abdullah Al Qarni ada menyatakan :
" Anda akan menyedari bahawa kebahagiaan itu bukanlah terdapat dalam daftar kekayaan dan timbunan harta-benda, bukan pula memakai perhiasan dan baju baru untuk memenuhi tuntutan penampilan, sebab ia berada  dalam ketaatan terhadap Allah Yang Maha Terpuji "

dan ;

Rasullah s.a.w memberi penghargaan kepadanya (Asiyah) dengan meletakkannya pada jajaran wanita-wanita yang sempurna. Perkara itu sebagaimana terungkap dalam sabdanya :

" Telah banyak kaum lelaki yang mencapai kesempurnaan, tetapi tiada yang mencapai kesempurnaan dari kaum wanita, kecuali Asiyah , isteri Fir'aun dan Maryam binti Imran. Sesungguhnya keutamaan Asiyah di atas kaum wanita sama halnya dengan keutamaan tharid (bubur roti yang lazat dengan keju) di atas makanan lainnya".  (m/s 173)


Tahukah anda kehebatan dan ke"cantikan" Asiyah sehingga disanjungi Rasulullah :) Kalau tak tahu, sila google, dan selepas membacanya, anda pasti terkesima dengan apa yang dimaksudkan cantik itu :)

Tekan sini  : Kisah Asiyah 

Kecantikan yang dinilai dengan mata kita terlalu limit, jadi, nilailah kecantikan itu dengan mata hati kita. Kita mahu cantik dalaman terlebih dahulu, spy kita menghargai kecantikan luaran. Sekiranya anda menilai kecantikan anda melalui pandangan manusia, maknanya, kita rugi untuk menghargai apa yang hati kita dahagakan. Bukan bermaksud, tidak menjaga kecantikan luaran langsung, of course not ! kita wajib menjaga dan menghargai apa telah Allah pinjamkan pada kita. Akan tetapi, alangkah indahnya, jika kita isi kecantikan dalaman terlebih dahulu. Jiwa yang menghargai dalaman , akan menghiasi kecantikan luaran.

Anda cantik walaupun anda tidak memakai make up di wajah. Kerana ,senyuman yang menghiasi di wajah anda adalah penawar buat mereka yang sedang bersedih. Pandang cermin dan senyum, anda akan lihat wajah yang cantik :) Apa yang lebih kita harus tekankan adalah penghambaan kepada Allah, dan sejauhmana kita yakin bahawa janji-janji Allah adalah benar. Jika kita telusuri dan mendalami kisah-kisah serikandi Islam yang syahid, kesemuanya percaya bahawa syurga itu adalah untuk mereka yg mujahadah. Tidak sekadar diraih dengan kata-kata, tetapi memerlukan pengorbanan. Kepercayaaan yg tinggi kepada Allah menjadikan mereka sanggup berkorban di jalan Nya. Tetapi kita? berhabis-habis dan bermatian-matian untuk kelihatan cantik pada pandangan manusian ,namun ambil lengah untuk kelihatan "cantik" di sisi Allah. Generasi yang mendatang memerlukan mukminah dan seorang ummi yang bersifat pendidik dan pentarbiah yang baik. Seorang ummi yang baik dan solehah pasti melahirkan modal insan yang baik juga. Dan seiring dengan itu, kita pasti dapat melahirkan lebih banyak jelitawan yang menambat orang ramai dengan akhlak yang baik :)

Sumber : iluvislam. com .


Faktor Yang Merendahkan Martabat Wanita

Sebenarnya puncak rendahnya martabat wanita adalah dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.

Faktor-faktor tersebut ialah:

1) Lupa mengingat Allah.

Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairanlah jika banyak wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingat Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: ertinya:

" Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya."

Sabda Rasulullah s.a.w.: ertinya:
"Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan." (Riwayat Tarmizi)

Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu.

2) Mudah tertipu dengan keindahan dunia.

Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan itu saja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Tidak sedikit yang sanggup durhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An'am: ertinya:

" Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir."

3) Mudah terpedaya dengan syahwat.

4) Lemah iman.

5) Bersikap suka menunjuk-nunjuk.

Sesungguhnya dunia ini adalah perhiasan; perhiasan dunia yang terbaik adalah wanita yang solehah.





Rabu, 3 April 2013 0 ulasan

Usrah Online FTFN

Assalamualaikum , Alhamdulilah, terima kasih Allah kerana memberikan hambaMu dan sahabat-sahabat yang lain waktu untuk bersama-sama memadu kasih dan cinta kerana Mu. Terima kasih kepada rakan seusrah kerana kehadiran yang konsisten dan komitmen yang tidak berbelah bahagi. Semoga Allah redho dengan usaha kecil ini.

Tajuk usrah online pada minggu ini ialah "Kejahatan bukan Kebetulan" ,salah satu topik yg dipilih daripada buku "Di Mana Dia di Hati Ku" , hasil karya penulisan Ustaz Pahrol Mohd Juoi. Secara ringkas, topik ini membincangkan mengenai definisi kejahatan dan bagaimana kejahatan itu dibentuk perlahan-perlahan. Bermula dengan perkara yang kecil, dibiak sehingga menjadi besar. Dosa yang telah acapkali dilakukan akan menimbulkan perasaan biasa dan meninggalkan perasaan serba salah. Oh, ini satu jenayah yang serius.

Baiklah, seperti yang telah dijanjikan, soalan-soalan yang telah diterima daripada rakan seusrah akan dibincangkan dan bersama-sama kita berkongsi pendapat dalam menjawab persoalan yang bermain di minda. Jadi, pada usrah online 5.0 kali ini, aku telah menerima dua soalan :

Pertama :
[3/20/2013 11:54:24 PM]
Soalan 1 : if kte gagal ujian allah means Allah tak syg kte ke?

Sebelum aku meluahkan pendapat mengenai soalan tersebut, aku nk berkongsi terjemahan Surah Al Ankabut, ayat 2-3 : Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.

Semua manusia diuji Allah, dan setiap ujian yang diberikan adalah berdasarkan kemampuan hamba tersebut. Cumanya, kekhilafan kita sebagai manusia, seringkali membanding bezakan ujian kita dengan orang lain. Sering pertikai kenapa ujian si A tidak seberat ujian kita. Ya, kita sebagai manusia biasa akan mempersoalkan perkara-perkara begitu kerana kita menilai ujian sebegitu pada sudut pandangan kita sebagai manusia. Sudut pandangan manusia yang penuh dengan negatif dan kelemahan tersendiri. Di sisi Allah, setiap ujian yg diberikan adalah dengan penuh kasih sayang tidak terhingga. Sayangnya Allah pada kita takkan dapat digambarkan dengan kata-kata, hanya hati dapat merasai betapa besar tersematnya Maha Penyayang di jiwa kita.  Sebab itu, dalam hal-hal ujian yg diberikan kepada kita, kita haruslah berlapang dada dalam menerimanya, kerana, hamba yang menerima dengan penuh rasa rendah diri akan merasai nikmat kesenangan dalam kesusahan.

Surah Al Insyirah.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ
 Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?, 

وَوَضَعْنَا عَنْكَ وِزْرَك 
Dan Kami telah menghilangkan dari padamu bebanmu, 

الَّذِي أَنْقَضَ ظَهْرَكَ 
yang memberatkan punggungmu? 

وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ 
Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu. 

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا 
Kerana sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan, 

إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا 
sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.

 فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْ 
Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan
sungguh-sungguh (urusan) yang lain, 

وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ 
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.

صدق الله العظيم
Maha Benar Allah swt Yang Maha Agong/Maha Besar


Allah telah memujuk hambaNya agar terus berdoa dan bersabar setiap kali ditimpa ujian. Bahkan, Allah berfirman pada ayat 5-6 bahawa setiap kesukaran ada kemudahan. Allah pasti akan menolong hambanNya, namun kita haruslah bersangka baik dengan setiap ujian yang diberikan. Allah tidak akan menimpakan sesuatu dengan sia-sia, melainkan untuk menjadikan kita insan yang berfikir dengan hikmah dan menjadikan kita lebih mencintai Allah. Sebagai seorang hamba, kita seharusnya memahami sifat seorang hamba iaitu penuh dengan kerendahan hati. Hal ini berlainan dengan sikap sesetengah manusia yang  bersikap sombong dan angkuh walaupun ditimpa ujian dan kesenangan. Manusia yang meminta dengan kerendahan hati, Allah pasti akan perkenankan.


Maka, bersabar dan bertabahlah dalam mengharungi setiap duagaan yg diberikan Allah :) Indeed, Allah always with us :)


* Soalan kedua akan dijawab pd entry seterusya :)
Ahad, 17 Mac 2013 0 ulasan

Hidup dan Tarbiyyah

Bismillahirahmanirrohim. Assalamualaikum. 

Hidup adalah pilihan. Sama ada kita mahu hidup dalam keadaan Allah redho, atau hidup tanpa ada sesuatu yang menjadi pegangan kita. Jika kita mahu hidup dan mati dalam keadaan Allah redho, maka kita perlu melalui proses kehidupan yang dipenuhi dengan tarbiyyah. Tarbiyyah adalah satu bentuk latihan mental/emosi/fizikal yang dipenuhi dengan ton-ton yang berbeza. Hidup tanpa tarbiyah adalah kehidupan yang tidak produktif. Rasullullah s.a.w sendiri melalui proses ujian dan tarbiyyah daripada Allah ketika baginda menyampaikan dakwah. Baginda adalah sebaik-baik contoh yang berjaya melalui ujian daripada Allah 

Dan bagaimana kita , sebagai seorang hamba yang serba dhaif ini tidak mahu merentas tarbiyyah, tapi ketagih mahu syurga . Ya, memang benar, hanya Allah yang berhak menentukan siapa ahli syurga dan ahli neraka, tetapi, jelas di dalam al Quran telah Allah menjelaskan ciri- ciri ahli syurga. Bahkan, Allah khabarkan isi syurga dan segala macam nikmat mereka yang menjadi ahlinya. Bukan kah ganjaran-ganjaran ini adalah untuk mereka yang bermati-matian untuk mendapat redhoNya.


"Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa. Iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang lain. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik. Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan yang keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengatahui (akan salahnya dan akibatnya).
                                                                                   (Surah Ali Imran ayat 133-135)

Bukalah minda dan hati untuk melalui tarbiyyah. Dalam mengharungi mujahadah, kita perlukan ilmu dan iman yang mantap. Maka, berilah peluang kepada al Quran untuk mengetuk pintu hati kita. Telah Allah nyatakan berulang-ulang di dalam al Quran , bahawa al Quran merupakan peringatan kepada kita untuk dijadikan sebagai panduan hidup. Malang dan rugilah kita jika tidak menggunakan peringatan yang diberikan oleh Allah dengan sebaiknya. Manusia akan cepat lupa dan lalai bila sudah bebas daripada dukacita, bila dalam keadaan susah, betapa kita merangkak kepada Nya. 


*Tibat-tiba aku lost nak tulis apa lg. Setakat ni ja lah naa. :)
Rabu, 20 Februari 2013 0 ulasan

1 tahun, 12 bulan.

Pernah satu ketika,
aku hanya sebut nama kau dan Dia,
bahagia dan selesa,

Pernah satu ketika,
aku hanya cintakan kau dan lengahkan Dia,
mungkin terlalu cinta, hingga aku sedikit curang dengan Dia,
Ya, aku akui itu salah ku.

Pernah satu ketika,
Saat rebah di tikar sejadah,
Aku sendiri,
Menangis, berteriak dan menahan sakit di dada,
Ku laung nama mu berkali-kali,
Jujur, hati ku hancur,
dada ku sakit,
hingga aku termimpi-mimpi.
Aku berharap kau turut rasa yg sama,
entah, mungkin tidak,
Kau ku lihat sudah ada seseorang di sisi.

Aku terus berteleku di tikar sejadah,
aku sujud dengan lama,
menangisi dosa lama,
ku laung nama Dia sekuat hati,
Aku malu sebenarnya,
Adakah aku layak diampuni ?

Allah, aku malu dengan Mu, sudikah Engkau mengampuni ku ?
Allah, aku datang dengan sebeban dosa, mahukan Engkau menghapuskannya ?
Allah, aku merangkak memohon keampunan, mahukan Engkau menyambut cinta ku ?

Dengan tidak  malunya,
aku memohon lagi,
berjanji utk tidak ingkar lagi,
berlari dan terus berlari,
adakala, aku jatuh dan luka
aku kuat kembali,
dan berlari sekali lagi.

Hingga kini,
aku masih berlari,
kali ini,
aku membawa sebuah jiwa utk dipersembahkan kepada Tuhan,
aku masih menangis,
menangisi dosa lalu,
dan aku berharap, Tuhan segera membaluti dosa hati.


Setahun sudah .
Aku harap kau bahagia.

AA
8: 22 P.M

Tuhan, dosa ku umpama pasir, tidak terkira dan terhitung.
Mafkan aku.

(Pantai Klebang, 20.2.2012)



Selasa, 19 Februari 2013 0 ulasan

Workstation Mak Tam.


         Workstation Mak Tam :
  1. Kerusi pusing-pusing tajaan Pak Long
  2. Printer yang dah nak rosak. aishh.
  3. Laptop sumbangan ehsan Pak Long
  4. Botol air masak yang senantiasa di atas meja
  5. Board yang akan ditulis segala maklumat penting
  6. Rak buku pink dan buku-buku koleksi Maktam ( Nak tambah lagi koleksi, kena beli almari buku la gamoknyaaa)
  7. Headphone tak pernah tinggal



 
;