(^___^)

(^___^)
Ahad, 18 November 2012 0 ulasan

Kebergantungan

Dalam kehidupan kita, takkan selalu ada ketenangan. Adakalanya, kita akan melalui zaman kejatuhan dan kegelapan. Kita akan hidup dalam situasi dan keadaan yg membuatkan kita akan jadi sangat lemah untuk bangkit semula. Berada dalam zon kegelapan merupakan saat yg buat kita hilang semangat utk teruskan kehidupan kita. Kegelapan akan menjadikan kita memandang diri sebagai insan yg lemah dan sentiasa menganggap diri kita adalah "useless".  Rasa tak berguna pada diri sendiri dan akan sentiasa menyendiri.


Dan kita akan terus menyalahkan diri sendiri kerana tidak mampu berdiri dan berdikari atas kaki sendiri. Rasa kesunyian walaupun ada suara ditelinga kita. Kita rasa sedemikian bila kita hilang tempat bergantung dan terlalu mengharapkan sesuatu perkara menjadi hak kita, sedangkan kita semua adalah hak Allah. 

Alhamdulilah, selepas usrah yg telah aku jalankan bersama sahabat usrah drpd UiTM, perbincangan dan perkongsian telah kami jalankan. Untuk hilangkan kebergantungan kepada makhluk, pertamanya, kenali siapa pencipta kita. Kita bergantung kerana kita tidak konfiden dengan potensi kita. Bila kita bergantung, kita sebenarnya tidak percaya kepada potensi dan kebolehan kita yg mungkin boleh membawa kita lebih jauh ke hadapan. Dan kenapa kita masih duduk dan terus mengharapkan pada kebergantungan makhluk, sedangkan kita punya pemilik dan pencipta yg kekal abadi. 



Sebenarnya, dalam diri ada kekuatan tersendiri yg kita tidak sedar. Kita tak sedar sbb kita terlalu bergantung kepada makhluk, sedangkan apabila kita bergantung kepada Allah, percayalah, Allah akan berikan kita kekuatan yg luar biasa. Semangat yg membuatkan kita terus berani melawan arus dugaan dalam kehidupan kita.  Yang memungkinkan kita utk menjadi kuat apabila engkau sendiri bangkit dari tidur yg lama, dan terus bangun melawan hari-hari mu dengan semangat yang baru ! Kita takkan tahu potensi selagi kita bergantung kepad makhluk yang sememangnya, mempunyai kelemahan mereka tersendiri. Lantaran itu ,bergantung harap hanya pada yg satu iaitu Allah.

Hati dan perasaan kita pasti akan diuji lagi. Dan pasti, semangat perjuangan kita akan disesakkan dgn kata-kata anasir jahat agar kita kalah dalam pertarungan hidup. Maka, bersiap sedialah utk menghadapi hari tersebut, maka, bekalan semangat dan kekuatan harus padu agar kita dapat terus berjalan hari-hari mendatang dengan wajah yg tersenyum dan sentiasa berlapang dengan apa yg berlaku dlm kehidupan mu. 

Wanita di luar sana, anda HEBAT ! 











 
;