(^___^)

(^___^)
Jumaat, 12 Oktober 2012

Angin, sampaikan padanya.

Angin,
Sampaikan padanya,
Bahawa hidup aku kini berbeza,
Aku tidak lagi seperti dulu,
Namun, jiwa dan fitrah ku sama,
Mohon dia juga merasai rasa yang sama.

Angin,
Sampaikan padanya,
Bahawa aku dan dia sebenarnya sama,
Hati kita adalah satu,
Jiwa kita adalah padu,
Tetapi, kita memilih untuk terus senyap membisu.

Angin,
Sampaikan padanya,
Bahawa aku bukan muslimah sempurna,
akal ku lemah,
nafsu ku lelah,
namun, aku hanya punya satu sahaja,
yang aku yakin,
dan aku percaya bahawa itu adalah apa yg dapat aku berikan padanya,
iaitu rasa cinta yang tak pernah pudar.

Angin,
Sampaikan padanya,
Bahawa aku cinta ini ku simpan khas utk dia,
Agar aku dapat lafazkan ketika aku telah sah menjadi haknya.
Supaya cinta ini dapat membawa ke syurga,
Dan cinta ini akan membuat jiwa si dia tenang,
Menikmati kehidupan dengan aku dan bakal generasi kami nanti.

Angin,
Sampaikan padanya,
Walaupun lafaz cinta tidak terbit di bibir,
Tetapi, hakikat hati tidak pernah luntur,
Kerana aku mahu si dia merasai di hati,
dan meresap rasa cinta ini ke jiwa,
Biar pun cinta ini tidak ku ungkap padanya,
aku mohon, jika aku dan dia masih lagi punya rasa jiwa yg satu,
Harap-harap dia dapat mengetuk pintu hati kami,
Dan membawa ku utk menjadi yg halal untuknya.

Maka,
Aku sangat berharap untuk menjadi bidadari di hatinya,
Menenangkan jiwa,
Menyejukkan rasa,
Mengubati luka,
Memberi tawa,
Mengelap duka,
Memberi gembira,
dan menjadi isteri yg solehah untuknya.










0 ulasan:

 
;