(^___^)

(^___^)
Jumaat, 12 Oktober 2012

Aku. Buku. Aku

Kehidupan sebagai pelajar akhir tahun dalam bidang pendidikan, benar-benar membuatkan masa aku menjadi padat dan mampat. Setiap minggu ada tugas dan amanah yang harus diselesaikan, tidak dapat tidak, aku harus melakukannya sesegera yang mungkin. Aku harap Allah akan memudahkan gerak kerja aku. Sibuk itu lumrah kehidupan, terpulang pada kita untuk menyalurkan kesibukan itu ke arah mana, kebaikan atau keburukan.
 Kalau sibuk dengan perkara-perkara yang baik, baguslah, insyaAllah, masa yang kita habiskan di jalan Allah akan menyelamatkan kita dari seksa neraka. Sekecil-kecil amal itu akan tetap dihitung kebaikannya, dan sekecil-kecil kejahatan itu juga akan dicatat, namun, jika kita bertaubat, Allah pasti akan membasuh setiap dosa dengan kebaikan.


Firman Allah SWT :

“ Dan barangsiapa yang melakukan kebaikan walau sebesar zarah, maka tetap akan dihitung, dan barangsiapa yang melakukan kejahatan walau sebesar zarah, maka tetap akan dihitung”

(Surah Al-Zalzalah ayat 7-8)

Dalam kesibukan sebagai seorang hamba Allah, aku cuba luangkan masa utk meneruskan aktiviti kesukaan aku. Membaca :) Yes, i love to read :) Aku suka membaca bahan bacaan yang boleh membuatkan aku berfikir dan menyebabkan aku merefleks terhadap kehidupan aku sebagai seorang hamba. Menjadi rutin utk aku membaca paling sekejap iaitu sepuluh minit setiap buku :) Setiap hari, aku akan baca buku yang berlainan, paling kurang 2 muka surat. :) Rasa puas bila dapat membaca walaupun hny sebentar cuma, tidak mengapa, selagi ilmu itu bermanfaat utk aku dan kehidupan aku, maka, akan terus membacanya dengan penuh minat walaupun akan mengulang-ulang buku yang sama :)

Jadi, ini jadual bacaan aku. Setiap hari buku yang berbeza  ;) Jadi, adil dan saksama ;)



Isnin      : Kisah-kisah Nabi dalam Al Quran karya oleh Dr. Afif Abdul Fattah Thobbaroh
Selasa   : Kitab Muqhasafah al Qulub karya oleh Imam Al Ghazali
Rabu     : Put Your Dream To The Test  by John Maxwell
Khamis  : Panduan Bercinta dan memendam rindu karya oleh Ibnu Qayyim Al Jauziyah
Jumaat   : Ensiklopedia Fikah Sunnah Wanita karya oleh Syeikh Ahmad Jad
Setiap hari : Al Quran dan mathurat

Bila kita membaca, harus kita kaitkan isinya dengan Al Quran, spy kita dapat lihat betapa agungnya Allah dan betapa kerdilnya diri kita. Jika kita hanya baca buku teori tanpa kita kaitkan dengan isi al Quran, maka kita akan berasa takjub dengan diri sendiri dan menggangap kita byk ilmu, sedangkan, ilmu kita hanyalah secebis cuma.

Aku harap dan berdoa, agar dapat mendapat suami yg mencintai dan menghargai ilmu. Beliau tidak perlu mempunyai sijil akademik yang tinggi, tetapi, aku lebih mahukan beliau yg sgt mencintai ilmu dan meletakkan ilmu sebagai satu amanah dlm jiwanya. Bukan sahaja pandai di akal, tetapi bijak di jiwa itu lebih membuatkan aku teruja.

Harap-harap kami dapat sediakan satu perpustakaan mini di rumah kami nnt. Kami akan letakkan pelbagai genre bacaan sama ada fiksyen dan bukan fiksyen. Kami juga akan berusaha utk memenuhi ruang bacaan dengan kitab-kitab agama :) SubhanaAllah :) di dalam perpustakaan tersebut akan kami sediakan sebuah ruang kecil sbg tempat kami menjalankan usrah bersama ;) Sang walid bercerita sirah Nabi kepada anak2 hingga mereka tertidur , manakala sang umi mendodoikan mereka . Indahnya ! Kami akan cuba mendidik anak-anak kami agar mencintai ilmu kerana Allah dan bukan sahaja dapat melahirkan anak yg pandai di dunia, tetapi bijak di akhirat :)

* promosi ! siapa nak jadi calon, cepat-cepat angkat tangan ! :) hehehe



0 ulasan:

 
;