(^___^)

(^___^)
Khamis, 20 September 2012

Jangan kalah :)

Bismillahirahmanirahim

Alhamdulilah :) Dah lama tak update. Kekangan tuntutan kerja sebagai seorang pelajar tahun akhir agak membataskan ruang masa . Belajar adalah keutamaan pertama . Alhamdulilah, selesai sudah perbentangan viva kajian tindakan. Rasa beban di bahu dah ringan sedikit berbanding sebelum ni. Kehidupan sebagai seorang pelajar takkan berhenti dan terhenti sampai bila-bila.

pembentangan 20 minit, tp rasa macam 20 jam.hee

Pengalaman membentangkan kajian tindakan memang menakutkan sebenarnya. Perasaan gementar menguasai jiwa raga, waktu yang diberikan diperuntukkan dgn sepenuhnya. Alhamdulilah, Allah permudahkan jalan utk fasih lidah untuk berbicara. Allah bg ilham untuk setiap tutur kata yang berhikmah. dan setiap bicara yang lalai itu adalah kerana kedangkalan ilmu dan tuntutan nafsu. 

Kita dapat merefleksi diri bahawa kita harus percaya bahawa kita sedang melalui proses kembara dunia. Allah s.w.t beri kita peluang untuk mengumpul sebanyak amalan sbg bekalan di akhirat kelak. Bagaimana kita mendidik nafsu adalah bergantung sejauh mana kita meletakkan Allah di hati kita. Adakala, dalam merentasi liku hidup tidak dinafikan kita akan tersimpang jauh dr perjalanan kehidupan.  Kita bukan sekuat batu utk melarikan diri dari melakukan kesilapan, adakala kita akan rebah dlm perjuangan. Tapi, kita juga harus percaya , bahawa kejayaan tidak akan datang dgn sekali percubaan.  Kita harus bangkit dan terus bangkit melawan nafsu amarah dgn mendekatkan diri kepada Allah.

Manusia sebenarnya seringkali tertewas dengan nafsu. Nafsu yang menguasai diri akan memandu jiwa dan hati kita ke arah yg salah. Namun, pada mereka yg sering sedar dan bermuhasabah diri akn sentiasa kembali sujud kepada Allah. Jangan malu untuk terus sujud kepada Allah, bahkan selalunya meminta dan memohon keampunan Allah. Buanglah sikap sombong dan riak dalam diri, basuh dan cuci dgn zikrullullah yg tak pernah hilang dan lelah dari bibir kita. 



Dan , jangan sesekali kita berputus asa untuk meraih cintaNya, maka, sujud kepada Allah dengan penuh rasa kehambaan. 



0 ulasan:

 
;