(^___^)

(^___^)
Khamis, 27 September 2012

Jalan mana?

Manusia takkan pernah lepas dengan setiap liku-liku yang dilaluinya. Kekuatan akan lahir bila kita ditekan dengan pelbagai kecelaruan. Ya, kekuatan yang bagaimana kau ingin kan dalam menempuhi jalan hidup mu?. Ada manusia berpura-pura kuat tanpa sujud kepada Allah. Mungkin dia fikir dia boleh hidup menjalani ujian tanpa restu dan redho daripada Allah, lantas, sanggup lakukan apa sahaja utk memastikan kekuatan itu hadir tanpa memikirkan risikonya.

Jangan takut untuk memilih jalan yang akan menyelamatkan diri kita dari bahaya . Pilihlah jalan yang mulanya bahaya, namun, apabila kita sudah melaluinya, pasti kita akan bahagia walaupun diuji dengan duri-duri tajam. Pilihlah jalan yang akan mendekatkan mu kepada Allah :) Iman itu akan sentiasa diuji, kerana Allah ingin melihat sejauh mana engkau dapat bertahan dengan ketaatan mu, dan Allah ingin memberikan kita lebih kekuatan dan mengisi rongga-rongga yang akan dibolosi rasukan syaian yang durjana. Maka, Allah telah memberikan ujian itu sebagai satu hadiah spy kita lebih mensyukuri dan berhati-hati dengan setiap tingkah laku. Indah bukan ? 

Dan sentiasa percaya bahawa apa pun liku-liku yang telah, sedang dan bakal hadapi hanyalah bersifat sementara. Kebahagiaan akan datang menghampiri tatkala kau sedang membina kekuatan hati. Jalan kebaikan memang penuh dengan kepayahan, namun, bertabahlah dalam menghadapinya, dan jangan sesekali kau berputus asa dengan rahmatNya :) Hidup akan benar-benar memberikan pengertian kepada kita, jika kita menyelami risikonya. Ini adalah hidup mu, pilihan sentiasa di tangan mu ! Maka, harus pilih jalan mana yang kau ingin jalani. 


0 ulasan:

 
;